Pelakon, Ben Amir tampil memberikan pandangan berhubung isu dakwaan unsur penyembahan dalam konsert The Weeknd yang mencetuskan perbincangan netizen.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kebun Hangus Dalam Kebakaran, Ben Amir Cemas Rumah Hampir Musnah – ‘Angin Terlalu Kuat, Api Cepat Merebak’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Akan Block Semua Yang Negatif, Ketenangan Jiwa Lebih Dari Semuanya’ – Isteri Ben Amir
Ritual satanik

Menerusi perkongsian di Threads, Ben Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin mendakwa kebanyakan konsert pada masa kini mempunyai agenda tersembunyi.
Menurut dakwaan Ben, elemen itu merupakan sebahagian daripada usaha pihak tertentu untuk mengaburi pemikiran orang ramai.
Setakat ini, orang ramai sepatutnya sudah tahu bahawa kebanyakan konsert sememangnya mempunyai ritual satanik dan simbolisme ilmu ghaib.
Tujuannya adalah untuk memesongkan pemikiran dan menyesatkan kita. Itulah perancangannya.
Dalam pada itu, pelakon Khianat Yang Terpilih itu turut mempersoalkan tindakan segelintir wanita yang mempertahankan persembahan konsert berkenaan.
Malah, dia turut menggesa orang ramai agar menambah ilmu pengetahuan dengan membuat kajian sendiri bagi memahami isu tersebut.
Dan kenapa ramai wanita yang mempertahankan konsert ini? Adakah anda tahu bagaimana dunia ini berfungsi?
Siapa yang mengawal penyanyi-penyanyi ini? Kenapa mereka pilih pakai topeng dan baju merah itu?
Saya cadangkan anda menonton siri The Arrivals di YouTube. Tonton juga filem terakhir Stanley Kubrick, Eyes Wide Shut. Tambahkan ilmu pengetahuan anda sendiri.
Sumber: Threads
The post Ben Amir Tegur Individu Pertahankan Konsert The Weeknd, Gesa Orang Ramai Tambah Ilmu first appeared on OHBULAN!.





