Menamatkan teka-teki, pelakon, Ben Amir mengesahkan telah selamat mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hatinya, Liana Alara pada Disember lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Islam Sepatutnya Lemah Lembut, Bukan Menakutkan’ – Kekasih Ben Amir Hargai Nasihat Adam Corrie
Sah suami isteri

Menerusi hantaran di Instagram, Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 37, menzahirkan rasa syukur serta berterima kasih atas doa dan ucapan baik yang diterimanya.
Alhamdulillah, dengan izin Allah kami telah disatukan pada Disember 2025. Dengan rendah hati saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas semua doa dan ucapan baik.
Dalam perkongsian sama, Ben turut memuat naik beberapa keping foto hari bahagianya bersama Liana, namun tidak memperincikan tarikh serta butiran majlis pernikahan mereka.
Bagaimanapun, difahamkan majlis akad nikah pasangan itu berlangsung secara tertutup di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Sejak beberapa hari lalu, tular foto Ben dan Liana mengenakan busana serba putih yang mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen mengenai status hubungan mereka.
Terdahulu, Liana yang merupakan warganegara Filipina telah memeluk agama Islam di Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kuala Lumpur pada November lalu.
Sumber: Instagram
The post Ben Amir Selamat Bernikah – ‘Dengan Izin Allah Kami Disatukan’ first appeared on OHBULAN!.





