30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Bella & Syed Saddiq Bertunang Dulu, Barulah Nikah Dalam Tempoh Beberapa Bulan Lagi’

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi Bella Astillah dikhabarkan bakal mengikat tali pertunangan bersama ahli politik iaitu Syed Saddiq pada hari ini.

    Artikel Berkaitan: Syed Saddiq Kongsi Video Dengan Keluarga, Netizen Tanya – ‘Itu Hantaran Ke? Get Ready Seminggu Lepas Raya’

    Artikel Berkaitan: ‘Tanya Pasal Raya Ke Hari Bahagia?’ – Mira Filzah Usik Hantaran Foto Hitam Putih Bella Astillah & Syed Saddiq

    Ikat tali pertunangan

    Merujuk kepada laporan Kosmo, seorang sumber mendedahkan pasangan itu bakal mengadakan majlis pertunangan mereka di ibu negara.

    Petang ini bukan majlis pernikahan, sebaliknya mereka ikut adat dengan bertunang dulu, barulah bernikah dalam tempoh beberapa bulan lagi.

    Menurut sumber berkenaan, pasangan dua sejoli itu dikatakan sudah membuat persiapan untuk hari bahagia mereka.

    Tarikh nikah saya tak boleh dedahkan, tunggu sahaja pengumuman mereka. Cuma yang saya boleh katakan persediaan untuk pasangan itu disatukan sudah dijalankan termasuk tempah venue resepsi serta ‘locked’ MUA (jurumekap) berbeza untuk nikah dan sanding.

    Sebelum ini ada pihak dakwa Bella dan Syed Saddiq bertunang di luar Lembah Kelang, tapi sebenarnya di sini, sebab ahli keluarga terdekat Bella dari Sabah juga sudah ada di sini.

    Terdahulu, ramai yang menjangkakan Bella dan Saddiq bakal disatukan selepas sambutan Aidilfitri.

    MENARIK:  ‘Isu Dalam Kain Bukan Perkongsian Awam’ – Erma Fatima

    Dalam pada itu, turut tular foto set hantaran daripada keluarga Ahli Parlimen Muar tersebut ketika dia bersalaman dengan keluarganya pada pagi Hari Raya.

    Sebelum ini, Bella memuat naik foto dirinya bersama Syed Saddiq dengan berlatarbelakangkan lagu cinta abadi, Malam Bulan Di Pagar Bintang nyanyian asal Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma.

    Pilihan lagu itu seolah-olah memberi gambaran bahawa pasangan ini sedang dalam fasa bahagia dan mungkin bakal melangkah ke fasa perkahwinan tidak lama lagi.

    Sumber: Kosmo

    The post ‘Bella & Syed Saddiq Bertunang Dulu, Barulah Nikah Dalam Tempoh Beberapa Bulan Lagi’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah