27.8 C
Kuala Lumpur
Monday, August 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bella Astillah Tak Perasan Posting Ibu Aliff Aziz, Minta Doa Yang Baik-Baik

    Shopee Sale

    Penyanyi dan pelakon Bella Astillah mengakui tidak mengetahui mengenai hantaran yang dimuat naik oleh ibu mentua, Siti Hafiza Basharahil sempena ucapan hari lahir anak-anaknya.

    ‘Saya tak perasan hantaran tersebut’

    Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabella Astillah, 31, mengakui menyedari bahawa ramai yang memperkatakan tentang perkara tersebut, namun dia sendiri tidak mengetahui mengenainya secara jelas.

    Saya tak perasan posting itu, tapi nampaklah ada yang bercakap-cakap, saya hanya minta doakan yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak.

    Bella berkata demikian ketika ditemui di majlis sambutan Ulang Tahun Ke-44 Solar Time di IOI City Mall, Putrajaya pada Khamis.

    Ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa dia tidak membenarkan keluarga bekas suaminya, Aliff Aziz, bertemu dengan kedua-dua anak mereka, Ayden Adrean dan Ara Adreana, pelantun lagu Lebih Indah Berpisah itu memilih untuk tidak memberikan sebarang ulasan lanjut.

    Saya tak berkesempatan untuk tanya mama tentang perkara itu (keluarga bekas suami hubungi). Kalau saya cakap iya pun takut salah,kalau cakap tak pun takut salah.

    Saya tak berani nak komen.

    Bagaimanapun, Bella berharap orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya dan keluarga.

    Saya hanya minta peminat ambil berat tentang anak-anak saya, doakan yang terbaik untuk keluarga saya.

    Terdahulu, ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahil menitipkan ucapan menyentuh hati sempena ulang tahun kelahiran dua orang cucunya.

    MENARIK:  ‘Brisk Walk’ 30 Minit Sehari, Ini Manfaat Yang Ramai Tak Tahu

    Menerusi catatan yang dimuat naik di media sosial, wanita yang mesra dipanggil Umi Wan oleh keluarga itu meluahkan rasa syukur atas pertambahan usia cucu-cucunya.

    Dalam nota yang ditujukan khas buat Ayden dan Ara, dia mendoakan agar mereka membesar dengan sihat, bahagia serta menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

    Malah katanya, meskipun jarak memisahkan, kasih sayang terhadap cucu-cucunya tidak pernah luntur.

    Malah, Siti Hafiza menegaskan bahawa cinta terhadap mereka kekal utuh dan abadi, walaupun tidak dapat bersama secara fizikal.

    The post Bella Astillah Tak Perasan Posting Ibu Aliff Aziz, Minta Doa Yang Baik-Baik first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah