Tentera Yaman pada Sabtu mendakwa kumpulan Houthi melancarkan peluru berpandu dari wilayah Taiz di barat daya negara itu ke arah Laut Merah, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Pengumuman itu dibuat menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Paksi Tentera Taiz yang bernaung di bawah Kementerian Pertahanan dan disiarkan di platform media sosial X.
"Pasukan peninjau yang bernaung di bawah angkatan kami mengesan milisia pengganas Houthi melancarkan peluru berpandu ke arah Laut Merah," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan berkenaan, peluru berpandu itu dilancarkan dari Gunung Uman di kawasan Al-Hawban, timur bandar Taiz, tanpa memberikan butiran lanjut.
Houthi setakat ini belum mengeluarkan sebarang maklum balas terhadap kenyataan tentera itu.





