Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menasihati wanita yang berdepan masalah kulit sehingga menjejaskan keyakinan diri agar tidak terlalu memikirkan kekurangan tersebut, sebaliknya perlu bangkit dan mula menyayangi diri sendiri.
Artikel Berkaitan: Sikap Sederhana Bella Astillah Di Set Penggambaran Raih Pujian – ‘Makan Pakai Pinggan Kertas, Duduk Bersila’
Sayang diri

Bella atau nama lengkapnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, berkata, masalah kulit atau ‘breakout’ merupakan perkara biasa yang dialami ramai orang.
Jelasnya, kecantikan bukan hanya bergantung kepada keadaan kulit yang sempurna, sebaliknya keyakinan terhadap diri sendiri yang memainkan peranan penting.
Saya sama seperti orang di luar sana, pernah mengalami breakout. Saya pula jenis yang suka bersukan, jadi akan nampak sedikit cela pada kulit apabila tidak menggunakan solekan.
Kita manusia biasa, perkara itu normal. Namun, nasihat saya adalah wanita perlu yakin dengan diri sendiri. Kita cantik untuk diri sendiri.
Perlu sayang diri sendiri. Apabila sudah mula menyayangi diri, akan timbul keinginan untuk melakukan sesuatu yang baik untuk diri, termasuk memulakan rutin penjagaan kulit atau skincare.
Bella berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengumumannya sebagai duta jenama penjagaan kulit terkenal dari Korea Selatan, Skin 1004 yang berlangsung di Bangsar pada Jumaat.
Dalam masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu berpendapat tiada istilah terlambat untuk seseorang mula mengambil berat tentang kesihatan dan penjagaan kulit.
Kawan-kawan saya pernah cakap kita akan mula mencari produk skincare apabila kulit sudah tidak berada dalam keadaan baik.
Macam saya dahulu, pernah rasa yakin kulit tidak akan naik jerawat, tetapi apabila semakin berusia, macam-macam boleh muncul pada wajah.
Tiada istilah terlambat untuk memulakan penjagaan kulit. Mulakan dari sekarang. Bukan kerana saya duta produk penjagaan kulit, tetapi perkara itu memang sangat penting, termasuk penggunaan sunscreen.
Berkongsi mengenai pelantikannya sebagai duta Skin 1004, Bella mengakui berasa teruja apabila diberi kepercayaan untuk menjadi wajah jenama tersebut.
Saya sangat gembira dengan pelantikan sebagai duta Skin 1004. Jenama ini sebenarnya sudah lama saya gunakan, jadi apabila dilamar oleh pasukan dari Korea sendiri, saya anggap ini sebagai rezeki selepas berumah tangga dan mempunyai anak-anak.
Pada awalnya, pasukan dari Korea mahu membawa saya ke sana untuk menjalani penggambaran produk berkenaan. Namun, disebabkan kekangan masa, pihak Skin 1004 dari Korea mengambil keputusan untuk datang ke Malaysia.
The post Bella Astillah Nasihat Wanita Sayangi Diri, Jangan Tunggu Kulit ‘Breakout’ Baru Cari ‘Skincare’ first appeared on OHBULAN!.





