Di saat ramai yang mencari hadiah berupa barang atau bunga, ada satu jenama tempatan yang mengetengahkan sesuatu yang lebih segar, bermakna dan terus ke hati iaitu MyPetani.
Bukan sekadar food gift, tapi juga simbol kasih sayang, simpati dan penghargaan. Di sebalik setiap fruit basket dan cheese platter, ada kisah yang mungkin buat anda sebak.
Artikel Berkaitan: Pizzadoh – Mula Dengan Cinta Pada Pizza, Kini Jadi Bisnes Home-Based
Artikel Berkaitan: “Saat Semua Pergi, Allah Hadirkan Jalan” – Kisah Inspirasi Piyan Dari OKU Ke Usahawan Automotif Berjaya
Daripada Buah Biasa Jadi Hadiah Bermakna

Eksekutif Komunikasi dan Pemasaran MyPetani, Muhd Syafiq Iqbal Mahmod berkata, MyPetani bermula semasa pandemik 2020, diasaskan oleh seorang penggemar buah-buahan, Cik Kelly yang membawa misi kegembiraan melalui makanan.
“Mula-mula jual buah je. Lepas tu pelanggan tanya, ‘Ada tak yang macam hadiah?’ Dari situ kami mula dengar, R&D dan lahirkan produk macam cheese platter dan love boxes,” katanya.
Kini, MyPetani menawarkan pelbagai pilihan seperti Artisan Wooden Gift Box, Fruit Platters & Cheese Platters, Fruit Tarts, Love Boxes & Fruit Baskets, Party Fruit Cups, Fresh Flower & Fruit Box, Artisan Ice Cream dan Deluxe Greeting Balloons.
Semua pilihan ni bukan biasa-biasa, tapi diperbuat daripada bahan berkualiti, segar serta dijaga keselamatannya lengkap dengan sijil MESTI dan kini dalam proses memohon sijil halal.
“Dia Hadiahkan Pada Pesakit Lain, Dia Sendiri Tengah Terlantar Sakit”
Eksekutif Pembangunan Perniagaan MyPetani, Yasmin Zainuddin berkongsi, terdapat satu kisah pelanggan tetap mereka yang sangat menyentuh hati apabila terdapat seorang pesakit yang hampir setiap hari membuat tempahan lebih 20 hari berturut-turut.
“Bila kami tanya, dia kata dia tengah dirawat di hospital. Tapi dia hadiahkan buah pada pesakit lain dan staf hospital. Dia kata bila buat orang lain gembira, hati dia pun rasa tenang.
“Kami rasa sangat terharu, dan satu hari kami hadiahkan fruit platter percuma sebagai penghargaan pada dia,” katanya.
Cerita begini menunjukkan betapa MyPetani bukan sekadar bisnes jual makanan tapi platform menyampaikan kasih sayang.
Bermula Dengan 1 Kotak, Kini 300 Gift Boxes

Selepas permulaan kecil, MyPetani kini jadi pilihan syarikat-syarikat besar.
Valentine’s Day, Hari Ibu dan musim perayaan menyaksikan lonjakan tempahan hingga 200 tempahan sehari dengan pemprosesan yang terancang dan cekap.
Yasmin berkata, pernah juga mereka siapkan 300 kotak hadiah Raya untuk DIOR, dihantar ke seluruh Malaysia!
“Kami akan pre-plan. Bila order masuk, kami tahu siapa akan buat, siapa akan hantar. Delivery pun guna kereta, bukan motor sebab nak jaga kesegaran,” katanya.
MyPetani kini merancang untuk berkembang ke negeri-negeri lain, bukan sekadar membina gudang, tapi pembukaan cawangan supaya boleh terus berkhidmat kepada pelanggan di luar Lembah Klang.
“Kami juga cari ilham dari luar negara. Kami akan ke pameran antarabangsa untuk cari idea baru. Buah bukan sekadar buah, kami nak bawa produk yang boleh beri pengalaman,” jelas Yasmin.
Mereka juga ada konsep mobile dessert table dan servis on-the-go di acara korporat, segalanya dengan penekanan pada servis mesra, kesegaran dan estetika.
“Tak ada idea yang kecil. Tak ada idea yang tak berguna. Jangan tunggu ‘sempurna’, mula je walau sikit. Buat dulu,” nasihat Syafiq dan Yasmin buat usahawan baru.
Kalau anda sedang cari hadiah yang unik, menyentuh hati dan berbeza daripada biasa, MyPetani mungkin jawapannya.

Sebab kadang-kadang, bukan nilai hadiah yang penting, tapi niat dan emosi di sebaliknya.
Mahu memaparkan perniagaan anda di lebih 30 jenama? Media Prima memperkenalkan #MariLokal bagi membantu PKS meningkatkan perniagaan.
Layari laman web REV Media Group untuk mengetahui lebih lanjut.
The post Beli Buah Tiap Hari, Rupanya Ada Kisah Menyayat Hati first appeared on OHBULAN!.





