30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Belajar Pemakanan Seimbang, Asas Dapur & Teknik Profesional – Bengkel MAGGI® Angkat Potensi Chef Muda

    Shopee Sale

    Selepas melabuhkan tirai Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® (MSSCC) 2025, lima pasukan pemenang pertandingan ini diberi peluang istimewa menyertai MAGGI® MSSCC Cooking Workshop.

    Bengkel memasak eksklusif tersebut berlangsung di MAGGI® Kitchen, Surian Tower baru-baru ini.

    Bengkel ini dianjurkan sebagai kesinambungan perjalanan pembelajaran MSSCC, memastikan pelajar bukan saja mahir memasak untuk pertandingan, tetapi benar-benar memahami asas dapur dan cara menyediakan hidangan seimbang untuk kehidupan seharian.

    Menyambung 28 tahun inspirasi MAGGI® untuk pelajar sekolah menengah

    MAGGI®

    MAGGI® sudah 28 tahun bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam membimbing pelajar melalui MSSCC.

    Tahun ini, mereka melangkah setapak lagi dengan menghadiahkan para pemenang sebuah bengkel intensif yang memberi exposure lebih mendalam tentang dunia kulinari.

    Para peserta diberi peluang bertemu chef-chef profesional dan pakar pemakanan berpengalaman dalam satu bengkel kecil yang sangat hands-on.

    Ramai pelajar menyifatkan pengalaman ini sebagai lebih real daripada apa-apa kelas memasak sebelum ni.

    Ilmu penting yang ramai orang terlepas pandang

    Dalam sesi pertama, Chef Sharifah, Chef Residen MAGGI® menekankan aspek yang selalunya dianggap remeh iaitu keselamatan dapur, pengendalian makanan, kebersihan dan cara memilih perkakas yang betul.

    Pelajar mula sedar bahawa masakan seimbang sebenarnya mudah dan tidak membebankan.

    “Ada antara mereka memang bercita-cita ke dunia kulinari. Jadi kami nak beri tapak, beri pengalaman sebenar dan bantu mereka bina keyakinan sebagai chef muda.” ujar Chef Sharifah.

    Sesi ini sangat membuka mata kerana ia berkait langsung dengan kehidupan harian, bukan sekadar untuk memasak di sekolah, tapi untuk digunakan setiap hari di rumah.

    Fahami nutrisi, bukan sekadar resipi

    Seterusnya, Pakar Pemakanan Nestlé, Ven Luan berkongsi bagaimana perubahan kecil dalam tabiat pemakanan boleh memberi kesan besar dalam jangka panjang.

    Beliau menunjukkan cara mudah untuk merancang serta menyediakan hidangan yang seimbang. 

    Beliau turut menjelaskan bahawa ramai yang berpendapat bahawa hidangan yang sihat adalah mahal, tetapi hakikatnya pemakanan seimbang boleh dicapai dengan menggunakan bahan segar tempatan yang mudah didapati dan mengamalkan konsep SukuSukuSeparuh dari Pinggan Sihat Malaysia dalam diet harian. 

    Apa yang menjadikan sesi ini menarik ialah pendekatan praktikal di mana pelajar bukan saja mendengar perkongsian, tetapi memerhati sendiri bagaimana hidangan seimbang boleh disediakan secara ringkas dengan menggunakan bahan yang harga berpatutan.

    “Dalam pertandingan, mereka belajar resipi. Di bengkel ini, mereka belajar asas pemakanan serta penyediaan makanan. Ia menjadikan pembelajaran mereka lebih menyeluruh dan berterusan, selari dengan komitmen MAGGI® menyokong pendidikan jangka panjang.” ujarnya.

    Pelajar turut belajar menilai semula hidangan harian mereka agar lebih seimbang, sesuai dengan gaya hidup generasi muda.

    Praktikal berguru dengan chef selebriti

    Kemeriahan bengkel memuncak ketika pelajar dibawa ke dapur untuk sesi memasak praktikal bersama Chef Naem, chef selebriti yang terkenal dengan gaya bimbingan santai tetapi penuh ilmu.

    Perkongsian Chef Naem memfokuskan kepada perkongsian kemahiran asas di dapur seperti pengendalian pisau secara selamat dan teknik pemotongan bahan masakan.

    MENARIK:  Wanita Membunuh dan Mencerai Kepala Anak Saudara Untuk Mencuri Barang Kemas

    Untuk segelintir peserta, ini kali pertama mereka menerima teguran dan tunjuk ajar secara langsung daripada chef profesional, ini satu pengalaman yang membuatkan mereka lebih yakin dan berani untuk mencuba.

    Suasana dapur dipenuhi gelak tawa, percubaan berani dan semangat berpasukan yang kuat, mengingatkan kembali tujuan asal MSSCC iaitu membentuk keyakinan melalui memasak.

    Kisah inspirasi: dari peserta MSSCC ke chef hotel, Chef Arif

    Antara highlight bengkel ini ialah sesi perkongsian bersama Chef Arif, bekas pemenang MSSCC 2016 yang kini bekerja sebagai chef hotel sepenuh masa.

    Beliau menceritakan bagaimana MSSCC pada usia 15 tahun memberi landasan kepada kerjayanya hari ini, dari cabaran mempelajari teknik pemotongan, semangat berpasukan , sehingga sokongan keluarga yang akhirnya membuka jalan ke dunia profesional.

    “Saya terinspirasi bila lihat Chef Muluk. Teknik dia, disiplin dia dan masa tu saya tahu saya nak jadi macam tu.

    “Tanpa support keluarga dan kepercayaan mereka, mungkin saya tak berada di dapur hotel hari ini.” ujar Chef Arif.

    Kisah ini memberi semangat kepada peserta bahawa minat memasak boleh membawa masa depan yang cerah dan MSSCC hanyalah permulaan.

    Selain berkongsi perjalanan kerjayanya, Chef Arif turut menitipkan lima pesanan penting buat generasi chef muda MSSCC agar sentiasa yakin pada diri dan berani melangkah, tidak mudah mengalah walau perjalanan terasa sukar dan tidak malu mencuba atau belajar perkara baharu.

    Selain itu, kena terus berusaha tanpa henti dan tidak menoleh ke belakang kerana masa yang berlalu tidak boleh diulang, yang penting ialah fokus ke depan dan terus bergerak maju.

    MAGGI® terus menginspirasi generasi ‘everyday cooks’

    Sejak 1997, MSSCC menjadi salah satu program pembangunan pelajar paling lama dan paling konsisten di negara ini.

    Melalui bengkel ini, MAGGI® bukan sekadar menganjurkan pertandingan, tetapi memberi pendedahan sebenar untuk memastikan minat pelajar terus berkembang.

    Mereka bukan sahaja belajar memasak tetapi juga membina keyakinan, disiplin, kerja berpasukan dan asas untuk masa depan yang lebih cerah.

    “Kami amat menghargai usaha MAGGI® meneruskan pengalaman MSSCC melalui bengkel memasak ini,” ujar Muhammad Amsyar Haikal bin Abdullah, pelajar dari SMK Belara, Kuala Terengganu. 

    “Peluang untuk belajar secara terus daripada chef profesional dan pakar pemakanan dalam sesi praktikal seperti ini memang membuka mata kami. Kami mempelajari teknik penting seperti cara pengendalian pisau dengan betul, menyediakan hidangan seimbang, serta pengetahuan tentang pemakanan dan tabiat memasak seimbang.

    “MSSCC telah memberi kesan yang positif kepada kami, dan keseluruhan pengalaman tahun ini benar-benar mendorong kami untuk mengamalkan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian.” tambahnya.

    The post Belajar Pemakanan Seimbang, Asas Dapur & Teknik Profesional – Bengkel MAGGI® Angkat Potensi Chef Muda first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah