29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bekas Menantu Zainal Abidin Memilih Lelaki Kulit Cerah Sebagai Kekasih? Berkongsi Gambar Bersama

    Shopee Sale



    Suzur Sofia

    Perkongsian di Instagram Stories milik bekas menantu kepada jurulatih bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin iaitu Suzur Sofia mencuri perhatian apabila dia memuat naik beberapa foto bersama seorang jejaka.

    Kekasih baru?

    Suzur Sofia

    Antara foto tersebut memperlihatkan mereka bersama di dalam kereta dan di sebuah kedai makan.

    Bagaimanapun, wajah jejaka berkulit cerah berkenaan tidak didedahkan kerana ditutup dengan pelekat atau ‘sticker’.

    Perkongsian berkenaan sekali gus menimbulkan tanda tanya adakah jejaka itu merupakan kekasih baharu Sofia selepas dia bercerai dengan bekas suami yang juga pemain bola sepak iaitu Mohd Zaiza.

    Sementara itu, menerusi satu lagi siri hantaran di entri sama, ibu kepada dua cahaya mata itu memuat naik hantaran berbentuk luahan hati.

    Saya sudah meletakkan diri saya pada tahap terendah dan terus berdiam.

    Dan paling penting dia jauh lebih bagus daripada awak. Dalam apa jua keadaan, dia sangat berbeza dan jauh lebih bagus berbanding awak. Saya ulang jauh lebih bagus.

    Pun begitu, kepada siapa hantaran berkenaan ditujukan tidak didedahkan.

    MENARIK:  Wanita Serbu Majlis Nikah Bekas Suami, Bawa Anak & Dokumen Mahkamah – ‘Aku Penat Cari Nafkah, Kau Boleh Kahwin’

    Sebelum ini, Sofia mendakwa telah dipukul oleh bekas suami sehingga mengakibatkan kecederaan pada tubuh badan.

    Terdahulu, Sofia dan Mohd Zaiza bercerai talak satu pada 14 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

    Untuk info, pasangan itu berkahwin pada 15 Januari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Muhammad Zaynedine Sulaiman, 7, dan Seri Zayana, 3.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah