29.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bekas Kakak Ipar Dakwa Mental Anak Kim Seri Terganggu, Cakap Seorang Diri – ‘Pulanglah, Hadap Kesan Perbuatan Kau’

    Shopee Sale



    Seorang wanita yang dipercayai bekas kakak ipar kepada pempengaruh kontroversi, Kim Seri tampil membuat pendedahan mengejutkan menerusi satu hantaran di Facebook.

    Pendedahan bekas kakak ipar

    Individu berkenaan yang dikenali sebagai Nur Seri Azlina Bustani, meluahkan rasa kecewa dan sedih terhadap tindakan Kim Seri yang didakwa telah menghancurkan kehidupan ahli keluarganya.

    Untuk scammer terpaling bahagia, Kim Seri. Lihatlah jiwa-jiwa yang kau hancurkan, yang kau tikam 47 kali tak berhenti.’

    Tengok anak kau Adam berpusing pusing atas pagar batu berkali kali tanpa henti. Dari pagi bawaklah ke malam, ulang dan ulang berpusing-pusing entah apa yang ada di fikirannya sambil bercakap seorang diri mengharap sang ayah pulang. Menanti tanpa bertanya kerana dia sudah faham apa yang terjadi.

    Wanita itu turut mendedahkan penderitaan anak-anak yang ditinggalkan pempengaruh tersebut, yang mengalami gangguan emosi menantikan kepulangan ayah mereka.

    Mereka anak-anak yang kau tinggalkan bertahun tahun dalam jagaan dan kasih sayang ayah. Kini kau rampas ayah mereka kerana kau lari dari kehancuran yang telah kau buat.

    Mereka anak-anak yang tak bersalah menanggung segala dugaan dan akan hidup tanpa ayah mahupun ibu kerana ibu mereka terlalu pentingkan diri, lari demi kepentingan diri.

    Ditahan penjara

    Difahamkan, bekas suami Kim Seri itu kini ditahan di penjara dan terpaksa menanggung beban susulan jenayah yang dilakukan pempengaruh itu sendiri.

    Bekas suami kau memandang dinding batu yang pastinya menghancurkan masa depannya dan mimpinya untuk memulakan hidup baru sedangkan kau tahu dia tak bersalah.’

    47 kes dengan roadshow reman seluruh Malaysia, boleh mental adik aku, sedangkan kau sedang menikmati bulan madu indah dengan suami baru.’

    Keadaan itu secara tidak langsung telah memberi tekanan mental bukan sahaja kepada lelaki tersebut malah ahli keluarga mereka.

    Keluarga aku yang terpaksa menanggung sedih, malu dan umpat cerca orang. Mak abah aku yang menanggung pedih dan sedih kerana anak lelaki satu satunya telah menghadapi dugaan berat yang susah diungkap dengan kata-kata.’

    Air mata seorang ibu tak berhenti mengalir. Memang ini dugaan Allah kepada kami, semoga ada hikmahnya.’

    Manusia boleh sahaja menilai kerana itu hak mereka, satu perkara yang kita perlu ingat jika kita berbuat jahat ingatlah keluarga kita yang menanggung malu, menanggung sengsara atas perbuatan kita.

    Dalam pada itu, Azlina menyeru agar pempengaruh itu untuk pulang dan bertanggungjawab terhadap perbuatannya.

    Pulanglah Choi Seri Eina Sani, hadap segala kesan atas perbuatan kau.

    Tutup calar balar malu keluarga yang telah kau buat, bersihkan nama adik dan keluarga aku dan keluarga kau sendiri.

    Tenangkah bahagiakah kau melihat kehancuran yang kau tinggalkan.

    Terdahulu, nama Kim Seri menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas beberapa individu tampil mendakwa menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan ke Korea Selatan yang dikelolakan oleh pempengaruh itu. Jumlah kerugian yang dilaporkan mencecah RM500,000.

    MENARIK:  Sal Priadi Berjaya Tawan Emosi Peminat Di Kuala Lumpur

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah