26.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Beego Nafi Pukul Linda Hashim, Tak Mahu Cerai Kali Ketiga

    Shopee Sale



    Pelakon Beego menafikan dakwaan berlaku keganasan dalam rumah tangganya bersama isteri, Linda Hashim yang menjadi punca aktres itu menfailkan cerai.

    Asam garam perkahwinan

    Beego atau nama sebenar Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, bagaimanapun memberitahu ada insiden kecil yang berlaku, namun menganggap sebagai asam garam dalam perkahwinan.

    Saya pernah beri komen sebelum ini, ingin saya jelaskan keganasan rumah tangga tidak berlaku. Cuma kalau ada insiden kecil berlaku itu perkara biasa.

    Beego berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sejurus usai sebutan kes perceraian, pada Khamis.

    Diminta mengulas megenai proses sebutan yang sudah berlangsung, pelakon sitkom Puteri itu tetap dengan pendiriannya tidak mahu melepaskan Linda.

    Mahkamah tanya adakah saya mahu ceraikan isteri? Saya jawab tidak mahu. Saya akan cuba selamatkan rumah tangga ini daripada bercerai untuk kali ketiga.

    Pelbagai usaha dilakukan

    Dalam pada itu, bapa kepada tiga cahaya mata ini memberitahu sudah melalukan pelbagai usaha untuk menyelamatkan perkahwinan dengan Linda, antaranya memujuk dan memberi jambangan bunga.

    Pelbagai usaha sudah saya lalukan untuk selamatkan rumah tangga, usaha itu dibuat sejak dia keluar daripada rumah kelamin kami. Cuma dia keras (degil) sikit.

    Antara usahanya saya mesej dia melalui telefon, jumpa mak ayahnya, bagi dia bunga dan hantar bunga dalam kereta.

    Sementara itu, Beego berkata dia akan melantik ibunya sebagai wakil untuk proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang bakal berlangsung pada 23 April depan.

    Saya akan melantik mak saya sebagai wakil JKP. Kerana mak tahu situasi sebenar yang berlaku dalam rumah tangga kami.

    Keluarga masing-masing sudah tahu kemelut yang berlaku antara kami, keluarga semua mendoakan yany baik-baik.

    Pada Mei 2023, Linda dan Beego hadir ke mahkamah sama bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.

    MENARIK:  Durex® 001 Kini Di Malaysia: Definisi Baharu Keselesaan Mutlak Dan Perlindungan Yang Diyakini

    Perkara itu berikutan mereka mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023 selepas bercerai pada 27 Mac tahun sama.

    Linda mendedahkan, mereka pernah bercerai buat kali kedua hanya selepas beberapa bulan kembali rujuk pada April 2023.

    Bagaimanapun, mereka tidak mendedahkan perkara itu kerana bimbang dianggap mempermainkan institusi perkahwinan.

    Untuk rekod, Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada Jun 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah