27.1 C
Kuala Lumpur
Friday, August 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Barang Kemas Bernilai RM180,000 Lesap, Yaana Lee Dakwa ‘Luggage’ Digeledah Ketika Transit Balik KL

    Shopee Sale

    Pempengaruh dan usahawan, Yaana Lee meluahkan rasa kecewa apabila set barang kemas bernilai RM180,000 miliknya hilang ketika pulang dari mengerjakan ibadah umrah pada Sabtu.

    Artikel Berkaitan: Netizen Kagum Yaana Lee Gigih Jual Tiramisu – ‘Inilah Pemikiran Orang Kaya, Sudah Untung Juta-Juta Tapi Masih Berniaga’

    Artikel Berkaitan: Usahawan Yaana Lee Dakwa Suami Suka Follow IG Wanita Seksi – ‘Gaduh Fasal Ini Masa Pergi Umrah, Tapi Tiada Effort Berubah’

    Cecah RM180,000

    View this post on Instagram

    A post shared by Nur liyana (@yaana.lee)

    Menerusi Instagram (IG), pengusaha jenama pakaian Leeyanarahman memaklumkan dia mula menyedari mengenai kehilangan barang kemas sewaktu membuka bagasi ketika baru tiba di kediamannya.

    Saya bawa barang kemas penuh satu bekas ini ketika menunaikan umrah.

    Sampai ja rumah semalam, buka ‘luggage ‘terus nampak bekas ini dulu.

    Padahal masa ‘packing’ bekas ini berada di bahagian zip. Saya sorok dalam-dalam bekas ni.

    Bila nak ‘unpack’ barang, bekas ini berada di paling atas.

    Mengakui kesilapannya kerana membawa barang tersebut ke Makkah, pemilik nama Nurliyana Abdurrahman ini dalam masa yang mengesyaki barang kemas kepunyaannya hilang sewaktu transit selama tiga jam di Jeddah.

    Silap saya juga bawa benda ini tapi niat memang bukan nak pakai dan tak pakai pun semasa di sana cuma masa ‘rushing’ nak pergi KLIA tempoh hari.

    Saya terus bawa bekas ini sebab ada ‘brooch’ dan tak sempat nak asingkan.

    Saya yakin seyakinnya benda (barang kemas) hilang semasa transit di Jeddah selama tiga jam.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati malah dengan kejadian tersebut dan berharap usahawan tersebut lebih berhati-hati selepas ini.

    MENARIK:  Pernah Ada Rekod Jenayah R**ol Budak Bawah Umur, Atlet Bola Tampar Kena ‘Boo’ Di Olimpik Paris

    Dalam masa yang sama, ada juga warganet yang berpesan kepada Yaana untuk tidak sesekali membawa barang perhiasan mewah setiap kali menunaikan umrah mahupun bercuti ke luar negara.

    Sumber: IG Yaana Lee

    The post Barang Kemas Bernilai RM180,000 Lesap, Yaana Lee Dakwa ‘Luggage’ Digeledah Ketika Transit Balik KL first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah