25.2 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Baju Kurung Direka Supaya Rasa Dikurung Oleh Adat & Syariat’ – Fedtri Yahya

    Shopee Sale

    Pengacara dan personaliti televisyen, Fedtri Yahya, berpandangan bahawa baju kurung bukan sekadar pakaian tradisional, tetapi simbol yang mengurung pemakainya dengan nilai serta mengikat diri kepada adat dan syariat.

    Artikel Berkaitan: Tetamu Sifatkan Tuan Rumah Pemalas Guna Peralatan Pakai Buang, Fedtri Yahya Tampil Beri Teguran

    Artikel Berkaitan: Fedtri Yahya Sangkal Kenyataan ‘Nikmat’ Terkandas Di Tanah Suci – ‘Satu Katil Boleh Cecah RM12,000’

    Konsep 3L

    Menerusi satu perkongsian di Threads, Fedtri atau nama penuhnya Ahmad Fedtri Yahya, 45, menjelaskan bahawa konsep 3L iaitu lurus, labuh dan longgar merupakan asas utama dalam pemakaian baju kurung.

    Baju kurung direka untuk ‘mengurung’ pemakainya, supaya pemakai rasa ‘dikurung’ oleh adat dan syariat.

    Konsepnya adalah 3L iaitu, lurus, labuh, dan longgar.

    Kehidupan bersahaja

    Dalam hantaran yang sama, Fedtri Yahya turut menjelaskan bahawa sebelum wujudnya pakaian Melayu seperti hari ini, lelaki Melayu berkurung tanpa pesak dan kekek, lengkap dengan kocek sebagai simbol kehidupan yang bersahaja.

    Sebelum lahirnya baju melayu seperti yang kita kenal hari ini, lelaki Melayu telah ‘berkurung’ terlebih dahulu dalam baju yang ringkas tanpa pesak dan kekek.

    Cukup hanya dengan adanya kocek sahaja.

    Ianya adalah tanda kehidupan yang bersahaja, dekat dengan kerja dan tanah.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  30 Fakta Menarik Mengenai Syada Amzah: Pengalaman Sebagai Ketua Kumpulan Nasyid, Impian Menjadi Veterinar & Keprihatinan Terhadap 14 Kucing

    The post ‘Baju Kurung Direka Supaya Rasa Dikurung Oleh Adat & Syariat’ – Fedtri Yahya first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah