Dari mana datang yang bau busuk ni?”
Korang tahu tak, masalah bau busuk boleh jadi tanda awal kepada masalah yang lebih serius iaitu tangki septik penuh dan tidak diselenggara dengan betul.
Isu ini bukan sekadar “gangguan kecil di rumah”, tetapi boleh membawa kepada limpahan sisa kumbahan, dan masalah bau busuk yang berpanjangan jika dibiarkan terlalu lama.
Macam mana sistem pembetungan rumah berfungsi?
Pertama sekali, sebagai pemilik dan penyewa rumah, korang kena tahu di Malaysia, sistem pembetungan terbahagi kepada dua jenis:
1. Sistem pembetungan bersambung
- Sistem ini mengalirkan air sisa dari rumah melalui rangkaian paip bawah tanah terus ke loji rawatan kumbahan. Di sini, air akan dirawat sebelum dilepaskan semula ke alam sekitar dengan selamat.
- Ia dikendalikan oleh syarikat pembetungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK), yang memastikan sistem paip dan loji rawatan berfungsi 24 jam sehari.
2. Tangki septik (individu & komunal)
- Bagi kawasan tertentu, rumah menggunakan tangki septik untuk menyimpan sisa kumbahan secara sementara. Lama-kelamaan, sisa akan mendap di dasar tangki.
- Masalahnya, apabila tangki tidak diselenggara, ia akan menjadi penuh dan mula memberi kesan kepada sistem saliran rumah.
Bau busuk & limpahan sisa berlaku sebab tangki septik penuh

Sebagai pemilik rumah, korang kena sentiasa alert dengan keadaan persekitaran rumah terutama sekali di kawasan tangki septik.
Korang kena tahu, sisa kumbahan yang masuk ke dalam tangki septik akan mendap secara semula jadi di dasar tangki, membolehkan air bersih naik dan mengalir keluar ke arah sistem saliran.
Lama-kelamaan, tangki septik boleh mencapai kapasiti penuh dan memerlukan pengosongan (desludging).
Bila ini berlaku, paip memang akan tersumbat dan boleh menyebabkan bau busuk, limpahan najis, dan pencemaran longkang sekitar rumah.
Jika dah sampai tahap sebegini, tangki septik sebenarnya dah mencapai tahap kritikal. Masa ni lebih banyak kos membaik pulih diperlukanSebab itu, sentiasa check kawasan tersebut, supaya jika berlaku limpahan sisa atau ada bau yang kurang menyenangkan tindakan pantas dapat diambil.
‘Desludging’ bukan pilihan, tapi keperluan
Untuk elakkan masalah bau busuk, limpahan najis, dan pencemaran longkang sekitar rumah pengosongan tangki septik (desludging) perlu dilakukan secara berkala biasanya sekurang-kurangnya setiap 2 tahun.
Perkhidmatan ini bukan sekadar “sedut dan buang”, tetapi perlu diurus dengan betul supaya sisa kumbahan diproses dengan selamat.
Nak mudah? Korang guna sahaja perkhidmatan IWK. Kenapa IWK? Sebab….
- Sisa dihantar terus ke loji rawatan kumbahan
- Proses dilupuskan secara selamat & terkawal
- Mengelakkan risiko pencemaran sungai dan longkang
- Operasi ikut standard alam sekitar Malaysia
Lagipun, tak semua penyedia perkhidmatan desludging di pasaran mempunyai sistem rawatan akhir yang jelas. Pernah tau ada kes, sisa kumbahan dibuang ke sungai dan ini boleh mendatangkan risiko besar kepada alam sekitar.
Bertindak sebelum sisa melimpah

Pengosongan berkala (desludging) bukan sekadar penyelenggaraan ia adalah langkah penting untuk kesihatan rumah, komuniti dan alam sekitar.
Jadi, jika korang dah lama tak buat desludging atau tak pernah buat langsung, mungkin inilah waktu terbaik korang ambil tindakan.
Takkan la nak tunggu paip tersumbat, berlaku limpahan sisa kumbahan, pencemaran longkang sekitar dan air bersih baru nak buat penyelenggaraan?
Jika dah sampai tahap sebegini, tangki septik sebenarnya dah mencapai tahap kritikal dan lebih banyak kos membaik pulih diperlukan.
Jadilah pengguna yang bertanggungjawab, hubungi IWK apabila anda ada menerima notis
pengosongan tangki septik.
The post Bahaya! Tangki Septik Penuh & Sisa Kumbahan Melimpah first appeared on OHBULAN!.





