
Pelakon, Nabila Huda mencuri perhatian apabila memberikan kucing kesayangannya yang bernama Yuki makan daging wagyu.
Bagi kucing makan daging wagyu
Menerusi hantaran di TikTok, Nabila atau nama lengkapnya Nabila Huda Suhaimi memaklumkan Yuki begitu gemar menyambutnya di hadapan pintu setiap kali pulang dari kerja.
Setiap kali Abil pergi kerja ja, mesti dia (Yuki) akan teruja nak tunggu di pintu.
Atau Abil baru bangun tidur pun dia tetap akan sambut mummy dia ini.
Tambah Abil, Yuki merupakan satu-satunya kucing peliharaannya yang memakan daging mentah.
Budak ni ja makan daging mental dalam rumah ini.
Hari ni istimewa sikit, ini adalah daging wagyu jenis A5 pertama yang Yuki makan.
Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya berseloroh mahu menjadi kucing peliharan Nabila Huda.
Komen netizen







