29.1 C
Kuala Lumpur
Monday, June 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Badan Nampak Semakin Berisi, Mahalini Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan?

    Shopee Sale



    Penyanyi terkenal Indonesia, Mahalini dikhabarkan sedang hamil anak pertama selepas enam bulan mendirikan rumah tangga dengan suami yang juga penyanyi, Rizky Febian.

    Mahalini hamil?

    Memetik laporan Suara, khabar angin itu mula tercetus ketika Mahalini menghadiri majlis ulang tahun kelahiran anak pempengaruh Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar iaitu Azura.

    Pada majlis tersebut, Mahalini Raharja hadir mengenakan dress berwarna pink bersama suaminya, Rizky Febian yang pakai kemeja dan digayakan dengan seluar pendek.

    Pelantun lagu Sial itu dilihat selesa mengenakan gaun longgar yang menutupi perut dan tidak menampakkan bentuk badannya.

    MENARIK:  Aina Abdul Dominasi AIM 24, Dayang Nurfaizah Rangkul Trofi Album Terbaik & Terima Habuan RM200k

    Malah netizen juga mendakwa terdapat perubahan pada bentuk badan Mahalini yang dilihat lebih berisi.

    Walau bagaimanapun, bapa mentua Mahalini iaitu pelawak, Sule menafikan khabar angin bakal menimang cucu dalam masa terdekat seperti yang didakwa ramai.

    Sebelum ini, Sule pernah meluahkan hasratnya untuk memiliki cucu lelaki meskipun dapat merasakan penyanyi itu sedang hamil anak perempuan.

    Untuk rekod, Mahalini dan Rizky Febian mendirikan rumah tangga pada 5 Mei lalu di Hotel Raffles, Jakarta, Indonesia.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah