28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ellie Suriaty Beri Semangat Kepada Kamal Adli – ‘Allah SWT Maha Segalanya’

    Shopee Sale

    Pelakon veteran, Ellie Suriaty tampil memberikan sokongan kepada aktor, Kamal Adli yang kini sedang berdepan dengan kemelut rumah tangga bersama isterinya, Uqasha Senrose.

    Artikel Berkaitan: Ellie Suriaty Takut Tersekat, Berdoa Panjang Sebelum Bawa Watak ‘Ibu Aji’ – ‘Saya Minta Ampun Pada Allah’

    Artikel Berkaitan: Ellie Suriaty Ikhlas Kongsi Ilmu Lakonan, Tak Pernah Caj Bayaran – ‘Sedekah Itu Lebih Besar’

    ‘Allah ada’

    Menerusi muat naik di Instagram, Ellie, 55, menyifatkan pelakon drama Dia Imamku adalah seorang lelaki yang baik selain turut mengucapkan Selamat Hari Lelaki Sedunia.

    Allah SWT maha segalanya. Hari Lelaki Sedunia buatmu Adikku yang baik, Kamal Adli.

    Terdahulu, mahkamah menetapkan 18 Disember depan sebagai tarikh prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi kes perceraian Kamal dan Uqasha.

    MENARIK:  Puteri Zarith Berharap Perceraian Dapat Diselesaikan Dengan Cepat Demi Kesejahteraan Emosi Anak

    Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 1 Oktober lalu.

    Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Janda Baik, Pahang.

    Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia tujuh tahun sembilan bulan.

    Sumber: Instagram

    The post Ellie Suriaty Beri Semangat Kepada Kamal Adli – ‘Allah SWT Maha Segalanya’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah