34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Black Hanifah ‘Hadiahkan’ Konsert Ekslusif ‘Nyawa’ Khas Buat 600 Peminat Sempena 17 Tahun Dalam Industri

    Shopee Sale

    Penyanyi, Black bakal menggegarkan pentas dan menemui peminatnya menerusi konsert ‘Exclusive Night Nyawa Black Hanifah’.

    Artikel Berkaitan: Black Hanifah Sifatkan CEO Batu Seorang Yang Beradab, Titip Pesan Kepada Pempengaruh – ‘Kena Pandai Jaga Diri’

    17 tahun dalam industri

    View this post on Instagram

    A post shared by KAYPOH (@kaypohmedia)

    Black atau nama lengkapnya, Hanifah Muhammad Hanafiah berkata, tujuan konsert ini dianjurkan sebagai satu tanda penghargaan buat peminat bersempena ulang tahun ke-17 berada dalam industri.

    ‘Nyawa’ bukan sekadar nama konsert tetapi ia adalah simbol kepada setiap detik, karya dan perjuangan saya sejak mula melangkah ke dunia seni.

    Persembahan malam itu akan menampilkan lagu-lagu penting yang membentuk kerjaya saya, dibawakan dalam susunan istimewa buat peminat, sahabat, media serta rakan penaja yang selama ini menjadi tulang belakang kepada perjalanan karier seni saya.

    Malam itu juga adalah tentang penghargaan buat semua yang percaya, yang hadir di setiap fasa dari awal sampai hari ini. Ini untuk mereka.

    Konsert ekslusif buat 600 peminat

    Apa yang menarik, konsert yang bakal berlangsung pada 26 Julai itu begitu ekslusif dengan hanya dibuka kepada 600 orang peminat.

    Ujar Black, pada awalnya, dia dan penganjur hanya ingin mengadakan persembahan yang lebih terhad, namun tidak menyangka sambutan yang diterima begitu menggalakkan.

    Pada awalnya, lokasi konsert hanya boleh menampung 250 orang. ‘Organizer’ kami ketika itu sudah dapat slot untuk lokasi itu.

    Namun, bila kami lihat sambutan luar biasa dan risau kalau lokasi terlalu kecil serta keadaan jadi tidak selesa dan panas, kami bincang semula.

    Konsert ini saya buat supaya wujud interaksi rapat antara saya dan penonton. Sebab itu kami hadkan kepada kira-kira 600 orang sahaja, lebih kecil, lebih mesra.

    Bila terlalu ramai, sukar mewujudkan hubungan yang dekat. Saya mahu penonton rasa benar-benar dilibatkan, seolah-olah mereka sebahagian daripada perjalanan saya.

    Bercerita mengenai konsert, pelantun lagu ‘Teman Pengganti’ ini akan mempersembahkan 17 buah lagu bersempena 17 tahun penglibatannya dalam industri.

    Sempena ulang tahun ke-17 penglibatan saya dalam industri, saya putuskan untuk menyanyikan 17 lagu istimewa.

    Sekadar info, konsert ‘Exclusive Night Nyawa Black Hanifah’ bakal diadakan di Setia City Convention Centre (SCCC) bermula jam 7 malam pada 26 Julai ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Leona Dedah Rees Seorang Pemalu, Mahu Ubah Jadi ‘Influencer’ Dalam Masa Dua Bulan

    Meskipun hanya membuka kepada 600 peminat, penjualan tiket sangat menggalakkan dengan 70 peratus daripadanya sudah terjual.

    The post Black Hanifah ‘Hadiahkan’ Konsert Ekslusif ‘Nyawa’ Khas Buat 600 Peminat Sempena 17 Tahun Dalam Industri first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah