Pelakon Zara Zya meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap sesetengah pihak yang gemar mempersoalkan cara orang lain dalam masakan, sehingga menimbulkan perdebatan hangat di media sosial.
Artikel Berkaitan: Zara Zya Kongsi Kisah Lucu, Makan Asam Thai ‘Expired’ Dengan Artis & Kru Di Set Penggambaran
Artikel Berkaitan: Ibu Tunggal Dalam Dilema Sukar Lepaskan Lelaki Berstatus Suami Orang, Zara Zya Beri Nasihat – ‘Jangan Jadi Penyondol’
Tidak patut dijadikan isu

Dalam satu perkongsian di Threads, Zara Zya menegaskan bahawa variasi dalam resepi adalah perkara biasa dan tidak patut dijadikan bahan pertikaian.
Bab resepi pun boleh gaduh.
Tak cukup bahan lah, tak ikut cara asal lah.
Sejak bila masakan ada satu versi je yang betul?
Katanya, perbezaan dalam cara penyediaan masakan adalah perkara biasa, terutamanya apabila sesuatu hidangan dibawa ke lokasi atau negara lain.
Bila sampai negara lain, bahan pun berubah ikut tempat.
Masuk rumah kita, berubah ikut selera kita pula.
Sambal pun , lain rumah lain rasa.
Gulai pun lain tangan lain cerita.
Ikut citarasa

Dalam pada itu, dia turut menegaskan bahawa masakan adalah satu seni yang bersifat subjektif dan ianya bergantung kepada citarasa individu.
Masakan ini seni.
Seni tak ada betul atau salah.
Yang ada cuma citarasa.
Kalau tak kena dengan tekak kita, tak perlu kecam.
Raikan saja.
Belajar dan cuba sahaja.
The post ‘Bab Resepi Pun Gaduh, Kalau Tak Kena Dengan Tekak Jangan Kecam’ – Zara Zya first appeared on OHBULAN!.





