32.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Azzahra Ahmad Dedah Punca Penceraian, Jay Iswazir Desak Gugurkan Kandungan – ‘Baru Kahwin 3 Bulan Dah Kena Belasah’

    Shopee Sale



    Pelakon Azzahra Ahmad tampil mendedahkan punca penceraian bersama bekas suami, Jay Iswazir.

    Paksa gugurkan anak

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Azzahra menyatakan dirinya dikasari dalam tempoh tiga bulan perkahwinan serta didesak untuk menggugurkan kandungan.

    Sanggup ke korang wahai wanita andai baru kahwin 3 bulan dah kena maki, kena belasah dengan suami?

    Ada ke suami yang tergamak paksa isteri gugurkan anak sendiri? Lelaki tak guna macam kau saja yang sanggup perlakukan isteri macam ini.

    Tambahnya, dia mendedahkan hal ini pada umum oleh kerana perbuatan Jay yang didakwa sudah melampau.

    Hidup aku hancur sebab kau. Aku depresi, hampir nak gila, nak bunuh diri selama aku jadi isteri kau, Ahmad Iswazir.

    Cukuplah kau sakitkan aku dan jangan tambah lagi perempuan lain yang kau nak jahanamkan hidup mereka.

    Nafkah selama menjadi isteri

    Dalam pada itu, Azzahra menyatakan dia tidak pernah mempertikaikan tentang nafkah selama menjadi isteri kepada pelakon berusia 42 tahun itu.

    Nafkah selama jadi isteri kau pun aku tak pernah berkira. Kadang kau bagi, kadang tidak sebab aku faham kau tiada pekerjaan.

    Aku tidak pernah minta duit kau selama jadi isteri.

    Tegasnya, dia berharap agar tiada perempuan yang menjadi mangsa seterusnya yang melalui pengakhiran rumah tangga seperti dirinya.

    MENARIK:  Kim Soo Hyun & Kim Sae Ron Dikatakan Terlibat Hubungan Romantis, Namun Agensi Mereka Memberikan Penjelasan

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah