28.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Azlan Komeng Luah Rasa Cinta Pada Nur Nilam, Netizen Tegur – ‘Apabila Suami Nak Kahwin Lain, Itu Bermakna Dia Dah Tak Sayang Isteri’

    Shopee Sale



    https://vt.tiktok.com/ZSra7NakM/

    Tindakan isteri kepada pelakon, Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz yang berkongsi video memaparkan dia hadir ke mahkamah, baru-baru ini menimbulkan tanda tanya.

    Luah rasa sayang

    Azlan Komeng

    Walau bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang kenyataan dibuat oleh kedua-dua pihak berhubung perkara itu.

    Namun, Azlan menerusi sebuah hantaran terbaharu di TikTok meluahkan isi hati yang seakan menggambarkan perasaannya ketika ini.

    Ramai yang hanya melihat dari pandangan emosi diri sendiri tanpa mahu tahu apa yang sedang aku lalui, hujatan demi hujatan hanya membuat senyuman aku lebih lebar dan manis.

    Resamnya manusia akhir ini melihat sudah merasa tahu sedang tahu dan melihat itu sangat besar bezanya… mungkin harus belajar tahu melihat dahulu.

    Pada perkongsian sama, bintang filem Langgar itu turut meluahkan rasa cinta terhadap isterinya.

    Buat isteriku Nilam… aku masih menyayangimu malah lebih dari dahulu, meski sekarang kau masih belum tahu.

    Kalau sayang tak kahwin lain

    Azlan Komeng

    Sementara itu di ruang komen, seorang invdidu berkata, sekiranya Azlan menyayangi isterinya, dia tidak akan sanggup untuk berkahwin seorang lagi.

    Cuma nak beritahu, bagi seorang perempuan bila suaminya nak kahwin lain itu bermakna dia dah tak sayang isterinya.

    Memberi respon kepada komen itu, Azlan berkata bahawa Nur Nilam yang mengizinkannya untuk berpoligami.

    Bagaimana pula jika isteri yang bagi dan suruh suami dia kahwin lagi? Isteri dia tak sayang suami dia ke mana?

    Sebelum ini, Nilam berkongsi video memperlihatkan dia berada di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi baru-baru ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Fathia Latiff Tak Takut Disaman Kerana Samakan Wajah Zahirah Macwilson Seperti Amah – ‘Bibik Dekat Hotel Lagi Cantik’

    Menerusi perkongsian itu, Nilam yang memakai jubah dan tudung serba hitam seakan-akan memberi bayangan dia memilih untuk berpisah dan hanya mahu menjaga hatinya sendiri.

    Terdahulu, Nilam turut mendedahkan suaminya suaminya itu akan berkahwin satu lagi malah dia juga sudah bertemu dengan bakal madunya.

    The following two tabs change content below.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah