25 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Noraniza Idris Kongsi Rezeki RM20,000 Bersama Pembeli Murukku Che Ani Premium – ‘Mampu Memberi Makna Besar’

    Shopee Sale



    Usahawan dan penyanyi irama Malaysia dan etnik kreatif, Noraniza Idris ingin berkongsi rezeki dengan menghadiahkan sejumlah baucar tunai bernilai RM20,000 kepada pembeli bertuah murukku Che Ani Premium yang dipasarkan di rangkaian pemborong dan peruncit tempatan halal terbesar.

    Kongsi rezeki dengan ikhlas

    KAK ANI

    Menurut Noraniza, atau lebih dikenali sebagai Kak Ani, kempen ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial beliau terhadap masyarakat.

    Insya-Allah, dalam rezeki yang saya terima, ada rezeki orang lain. Saya percaya setiap sen yang kita kongsikan dengan ikhlas, walaupun kecil, mampu memberi makna besar kepada orang lain.

    Selain itu, kata Kak Ani, 57, ini juga sebagai tanda penghargaan kepada pembeli yang membeli produknya di MYDIN.

    Kempen ini bukan sekadar memberi hadiah, tetapi sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang menyokong usaha saya dalam memperkenalkan produk warisan seperti Murukku Che Ani Premium.

    Saya harap kempen ini dapat membawa senyuman dan semangat berkongsi dalam masyarakat kita, terutamanya dalam suasana yang mencabar sekarang.

    MENARIK:  [VIDEO] Siti Jamumall Alami Depresi & Anxiety Selepas Cerai Kali Kedua, Netizen Titip Kata Semangat – ‘Lepaskan Sahaja Lelaki Macam Itu’
    " data-video-id="7500886310257806599">
    @nqinn_s nasib baik aku tergerak hati nak pergi mydin #kongsirezeki #cheanipremium #fyp?? ? original sound – nqinn_s

    Sebanyak RM20,000 dalam bentuk baucar tunai bernilai RM10, RM50 dan RM500 dimasukkan secara rawak ke dalam pek Murukku Che Ani Premium. Pembeli hanya perlu mendapatkan pek tersebut di mana-mana cawangan MYDIN dan mencari baucar di dalam pek bertuah.

    Bagi menebus hadiah, pembeli perlu merakam video pendek di TikTok dengan ucapan “Saya menang! TQ Che Ani…!” dan tag akaun rasmi @cheanipremium. Wakil Che Ani Premium akan menghubungi pemenang untuk urusan penyerahan tunai secara langsung.

    Pek bertuah ini ditawarkan dalam jumlah terhad. Lagi cepat anda membeli, lebih tinggi peluang untuk menang. Jangan lepaskan peluang keemasan inim serbu MYDIN hari ini dan jadilah sebahagian daripada kempen #RezekiCheAni bersama Noraniza Idris!




    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah