32.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Azhan Rani Selesa Bekerja Dengan Pelakon Baharu, Puji Semangat & Usaha Aizat Saha

    Shopee Sale



    Pelakon Azhan Rani mengakui selesa bekerja dengan barisan pelakon baharu seperti Aizat Saha menerusi teater Andak Bertandak yang telah dipentaskan baru-baru ini.

    ‘Saya suka dia sebab dia sahut cabaran’

    Ketika ditemui , Azhan atau nama Azhan Abdul Rani menyifatkan selebriti media sosial yang juga merupakan pelakon baharu iaitu Aizat Saha seorang yang komited dalam lakonan.

    Seronok, saya suka mereka ni sebab mereka ni terkenal dalam bidang masing-masing. Macam Aizat Saha jujurnya saya tak pernah kenal dia sebelum ni tapi saya suka dia sebab dia sahut cabaran.

    Dia dah relakan diri dia untuk buat apa sahaja yang disuruh pengarah.

    Bukan itu sahaja, pelakon berusia 49 tahun ini juga memuji Aizat kerana sikapnya yang suka bertanya selain berusaha untuk memberikan yang terbaik.

    Masa rehearsal dia biasa je, tapi masa hari pementasan teater dia sangat bagus. Saya suka.

    Bila tengok pelakon-pelakon muda ni, saya rasa macam saya tengok diri saya balik masa dulu.

    Ditanya mengenai perkembangan terbaharunya, Azhan berkata dia kini sibuk menjalankan penggambaran drama.

    MENARIK:  Ghea Indrawari Cipta Memori Indah Buat 1,200 Peminat Di Malaysia

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah