Pelakon, Azhan Rani meluahkan rasa sedih dan terkejut apabila melihat satu video tular memaparkan seorang warga emas yang dihalau seorang wanita ketika sedang beriktikaf di sebuah surau.
Artikel Berkaitan: Azhan Rani Bawa Watak Autisme Sebagai Bilal
Teringat babak drama Nur

Menerusi Instagram (IG), Azhan atau nama lengkapnya Azhan Abdul Rani memaklumkan kejadian tersebut mengingatkan kembali sewaktu dirinya membawa watak Hambali menerusi drama ‘Nur’.
Hari ini tertengok satu video seorang pak cik yang sedang beriktikaf dalam sebuah surau dihalau keluar sambil dirakam dan dimuat naik di media sosial.
Alasannya, kerana pembaziran tenaga elektrik dan nak elakkan kecurian di surau itu kerana lepas waktu solat fardu.
Astaghfirullahalazim, dalam drama Nur pun kalau siapa ingat ada satu watak tok siak akan halau watak Nur yang cuba datang ke masjid sampai baling selipar hanya kerana Nur perempuan lorong dan dirasakan tak layak berada di rumah Allah.
Tapi tak apalah itu dalam cerita. Yang fasal pak cik ini pula dalam realiti.
Kebenaran itu pahit
View this post on Instagram
Tambah Azhan, itulah kebenaran pahit yang berlaku di dunia sebenar dan cuba ditonjolkan menerusi karya di televisyen.
Lantaran itu, pelakon berusia 49 berharap agar watak tersebut dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang realiti kehidupan sebenar yang berlaku dalam kalangan masyarakat.
Kebenaran itu pahit, dalam drama orang boleh melenting dan marah kalau sisi kudis-kudis kehidupan ini diceritakan tapi mampu ke kita menolak realiti kehidupan ni tak lari kudis-kudis yang kita bencikan.
Semoga yang keruh dapat dijernihkan dan semoga ada pengajaran untuk kita semua.
Insya-Allah, doa yang baik-baik buat pak cik itu juga.
Pada yang merakam pak cik itu, andai hari ini tersasar moga esok akan ada jalan pulang untuk kita semua.
Terdahulu, tular video seorang lelaki yang dipercayai bapa kepada bekas peserta Pencetus Ummah (PU) musim ketiga, Azhar Hilmi telah dihalau keluar ketika sedang beriktikaf oleh seorang wanita di sebuah surau yang terletak di Bandar Rimbayu, Selangor.
Tindakan itu dibuat wanita terbabit atas alasan lelaki berkenaan bukanlah penduduk di kawasan terbabit.
Bukan itu sahaja, wanita tersebut juga mendakwa bayaran semua bil utiliti rumah ibadat itu menggunakan wang daripada yuran penyelenggaraan penduduk.
Ahli jawatankuasa (AJK) bagi surau tersebut iaitu Musolla Halaman 11 menafikan dakwaan tersebut dan memaklumkan bahawa segala kos operasi berkaitan pengurusan surau menggunakan wang sumbangan orang ramai.
Sumber: IG Azhan Rani
The post Azhan Rani Sedih Tengok Video Pak Cik Dihalau Di Surau, Teringat Babak Drama Nur first appeared on OHBULAN!.





