30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aniq Suhair Hampir Alami Burnout, Nasihat Jangan Paksa Diri Bekerja

    Shopee Sale

    Pelakon, Aniq Suhair mengakui hampir mengalami kepenatan yang terlampau (burnout) akibat mengendalikan banyak kerja dalam satu masa.

    Artikel Berkaitan: Hampir Dua Tahun ‘Hilang’, Aniq Suhair Banyak Muhasabah Diri – ‘Tempoh Berehat Saya Jumpa Kunci Perantara Dengan Allah’

    Artikel Berkaitan: Aniq Suhair Tak Merajuk Dengan Dunia Lakonan – ‘Saya Sedang Fokus Untuk Tamatkan Pengajian’

    Minat dan kerjaya

    Ketika ditemui , pemilik nama Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 25, berkata pada ketika ini dia terpaksa membahagikan masa antara komitmen kerja lain dan kerjaya seni.

    Sebenarnya saya tidak memilih untuk berlakon dalam filem atau drama, apa sahaja tawaran yang saya dapat itu rezeki, cuma tengok pada waktu jugalah. 

    Sekarang ini saya ada komitmen yang lain, jadi saya sedang bahagikan masa antara hobi dan minat dalam industri seni ini juga.

    Sebenarnya saya hampir ‘burnout’, sebab saya buat dua tiga kerja dalam satu masa, tetapi bila difikirkan kembali, menjadi seorang pelakon ini memang begitulah realitinya.

    Saya boleh terima tawaran tetapi kena bahagikan jadual, kalau pihak produksi boleh terima dan ikut jadual saya, insya-Allah saya boleh buat.

    Aniq berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran filem terbaharunya, Zero, di Pavilion Bukit Bintang, pada malam Isnin.

    MENARIK:  [VIDEO] Wakil Kedai Emas Mohon Maaf Terhadap Prince Syed Selepas Staf Baling Cincin– ‘Dia Telah Dipindahkan Di Jabatan Lain’

    Bagaimanapun, pelakon drama Sekali Lagi Cinta Kembali itu berkata ia adalah lumrah sebagai seorang penggiat seni.

    Apabila saya bandingkan diri saya, seorang pelakon dengan mereka di luar sana yang melakukan dua hingga tiga pekerjaan sekali gus, saya semakin memahami situasi mereka, mereka sebenarnya jauh lebih ‘burnout’.

    Saya sendiri pun hampir ke tahap itu, cuma saya ingin menasihatkan semua orang agar jangan terlalu memaksa diri bekerja.

    Dalam perkembangan lain, Aniq kembali ke layar perak menerusi Zero, sebuah filem aksi arahan Andre Chiew yang akan memulakan penggambaran pada hujung bulan ini.

    Filem bertemakan isu sindiket penjualan organ itu turut menghimpunkan barisan pelakon seperti Hun Haqeem, Fabian Loo, Harissa Adlynn, Iedil Dzuhrie Alaudin, Tony Eusoff serta beberapa nama lain.

    The post Aniq Suhair Hampir Alami Burnout, Nasihat Jangan Paksa Diri Bekerja first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah