Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat berkongsi perkembangan anak keduanya, Aali Mateen selepas mempratikkan pengurangan penggunaan skrin.
Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Bawa Anak Keluar Beraya Hanya Selepas Cecah Usia Setahun – ‘Sebenarnya Bukan Dari Segi Kesihatan Saja..’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ayda Jebat Menyanyi Atas Kerusi Roda, Warganet Puji Sikap Profesional Bekerja
Progres anak
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama Nur Suhada Jebat, 33, itu berkongsi bahawa Aali menunjukkan perubahan yang positif terutama pada sikapnya selepas lebih sebulan tidak menonton televisyen.
Menurut Ayda, dia juga sangat teruja apabila Aali kini sudah mula bijak bertutur selain boleh mendengar arahan.
Aali sudah sebulan lebih tak tengok TV. Tak ada screen langsung, MasyaAllah.
Seronok tengok dia sudah boleh bersabar, kejap-kejap buka buku minta kita bacakan dan mula bercakap sikit-sikit. Dua patah perkataan!
Sudah boleh main sama-sama, faham arahan dan boleh mendengar cakap.
Susulan progres yang baik, Ayda yakin bahawa Aali kini sudah bersedia untuk ke sekolah berbanding sebelum ini.
Adik boleh ke sekolah dah. Sebelum ini tak hantar lagi sebab takut dia menjerit dekat sekolah atau kacau pelajar lain.
Sekarang Alhamdulillah, adik dah sedia.
Nak menangis tengok dia sekarang, boleh duduk lama atas kerusi, dulu dua saat je terus berlari.
Untuk info, Ayda dan aktor Nabil Mahir mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata iaitu Ana Nayla dan Aali Mateen sebelum kehadiran anak ketiga, Anggun Mikayla pada 26 Januari lalu.
The post Ayda Jebat Teruja Tengok Perkembangan Aali Mateen Selepas Lebih Sebulan Praktik ‘No Screen Time’ – ‘Nak Nangis Tengok Dia Sekarang..’ first appeared on OHBULAN!.





