28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Awie Pilih Perlahankan Karier Seni, Reda Andai Wings Ada Vokalis Baru – ‘Saya Perlu Pastikan Penyanyi Itu Benar-Benar Serasi’

    Shopee Sale



    Penyanyi lagenda, Datuk Awie memaklumkan akan mula memperlahankan kerjaya seninya.

    Demi keluarga

    Ketika ditemui , Awie atau nama lengkapnya Ahmad Azhar Othman bagaimanapun, tidak akan meninggalkan industri hiburan tetapi memilih untuk berada di belakang tabir.

    Berat sebenarnya untuk kurangkan aktiviti konsert dan persembahan. Tapi saya masih berkarya, cuma kali ini untuk orang lain, bukan diri sendiri. Saya lebih banyak bekerja di belakang tabir.

    Saya tidak meninggalkan industri mahupun Wings. Nyanyian tetap menjadi sumber rezeki saya.

    Menurut penyanyi berusia 57 tahun tersebut, keputusannya itu adalah untuk lebih menumpukan masa dengan keluarga.

    Banyak perkara yang perlu saya uruskan, hingga masa dengan keluarga jadi terhad. Bayangkan, untuk konsert Triad baru-baru ini, latihan sahaja memakan masa sembilan jam sehari selama dua bulan.

    Sampai bila? Usia pun makin meningkat, takkan saya nak terus bekerja seperti ini sampai umur 60 atau 70 tahun?

    Awie berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan sidang media Rumah Produksi Merah yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

    Vokalis baru?

     

    View this post on Instagram

    A post shared by Dato’ Awie (@awieofficial)

    Sementara itu, pelantun lagu Di Penjara Janji tersebut juga akan menilai terlebih dahulu seandainya ada penyanyi yang boleh menggantikan dirinya dalam kumpulan Wings.

    Saya akan menilai dengan lebih mendalam kerana Wings sudah menjadi satu jenama selama lebih empat dekad. Saya perlu memastikan penyanyi baharu itu benar-benar serasi dan mampu memberi keserasian yang kukuh dengan ahli lain.

    Saya reda dan tiada masalah jika ada pengganti yang lebih baik. Jika dia mampu meneruskan legasi Wings, silakan. Saya tidak tamak, yang paling penting bagi saya adalah melihat rakan-rakan seperjuangan bahagia. Kalau saya hanya fikirkan diri sendiri, sudah lama saya mengutamakan kepentingan peribadi.

    Dalam perkembangan lain, Awie turut mendedahkan beberapa perancangan untuk Wings dan karier solonya. 

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Penyelesaian Yang Terbaik Datang Daripada Doa Seorang Ibu’ – Fattah Amin

    Antara yang sedang dirancang ialah konsert tribute solo, persembahan amal di beberapa penjara secara percuma, serta Festival Wings sempena ulang tahun ke-40 kumpulan itu, yang dijadualkan berlangsung pada bulan Oktober nanti.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah