28.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aura Romantik Zul Ariffin Kembali Menyinar Menerusi Drama ‘Bisik Asmara’

    Shopee Sale

    Nama Zul Ariffin kembali menjadi bualan hangat apabila tular sebuah video yang memaparkan keakrabannya bersama Uqasha Senrose menerusi drama ‘Bisik Asmara’.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zul Ariffin Tak Jadi Hijrah Ke Mekah – ‘Saya Tak Nak Bekerjasama Dengan Orang Mengarut’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azza Elite Sakat Abby Abadi Tengok Video Zul Ariffin, Netizen Seloroh – ‘Cerita Lama Jangan Dikenang

    Rumah tangga mula retak dengan kehadiran Noreen

    Keserasian yang terpancar antara mereka nyata mencetuskan pelbagai reaksi, sekali gus menghidupkan kembali kerinduan penonton terhadap sisi romantik Zul yang sinonim dengan intonasi suaranya dan tatapan mata penuh emosi.

    Aura tersebut kini dapat disaksikan menerusi drama Bisik Asmara, yang menampilkan perawatakan Zul dalam watak yang lebih mencabar.

    Menerusi drama ini, Zul menggalas watak Farhan, iaitu seorang suami yang pada mulanya ia digambarkan sebagai lelaki setia dan bertanggungjawab terhadap isterinya, Sheila, lakonan Sophia Albarakbah.

    Namun, ketenteraman rumah tangga yang dibina mula retak dengan kehadiran Noreen, watak yang dibawakan oleh Uqasha Senrose.

    Kehadiran Noreen ibarat gangguan yang perlahan-lahan meresap masuk, menguji kesetiaan Farhan.

    Bijak membaca situasi, Noreen tahu bagaimana mengatur langkah, memilih masa untuk mendekat dan menekan, menjadikan hubungan mereka sarat dengan ketegangan emosi yang sukar dielakkan.

    MENARIK:  ‘Lelaki Nerd Selalu Curang & Buat Hal’ – Puteri Aishah

    Episod keenam yang dinanti-nantikan penonton

    Episod keenam yang bakal bersiaran malam ini menjadi antara titik paling mendebarkan apabila sehelai pakaian milik Noreen secara tidak sengaja ditemui di dalam beg pakaian kotor Farhan.

    Insiden tersebut bukan sahaja menimbulkan syak wasangka, malah membangkitkan pelbagai persoalan yang kian sukar disembunyikan daripada kebenaran.

    Dalam perkembangan lain, Noreen mula dikuasai rasa cemburu terhadap Sheila, merasakan dirinya lebih memahami Farhan dan percaya kedudukannya jauh lebih penting berbanding seorang isteri yang sah.

    Farhan pula dilihat licik bermain dengan kata-kata, seperti pujukan lembut yang kononnya bertujuan menenangkan keadaan berisiko menjadi kesilapan terbesar yang memakan diri.

    Persoalan kini bermain di fikiran penonton, adakah Farhan bersalah kerana gagal menjaga batas, atau Noreen yang sememangnya licik merancang perangkap emosi?

    Jangan ketinggalan menyaksikan drama Bisik Asmara yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda TV3.

    Penonton juga boleh mengikuti episod terbaharu secara eksklusif di iQIYI, satu jam selepas siaran televisyen, sama ada melalui laman web rasmi atau aplikasi iQIYI di Google Play dan App Store.

    The post Aura Romantik Zul Ariffin Kembali Menyinar Menerusi Drama ‘Bisik Asmara’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah