Pempengaruh media sosial, Auntie Purple menarik perhatian warganet selepas berkongsi perbualan singkat bersama suaminya tentang merokok.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Auntie Purple Dedah Mengapa Tak Pakai Baju Warna Ungu Ketika TikTok Awards – ‘Bukan Nak Memalukan Atau Aibkan Sesiapa’
Artikel Berkaitan: Pertarungan Chef vs MakCik Bersama F&N: Jom Tengok Siapa Lagi Power Sampai Buat Juri Terpikat!
Auntie Purple benci rokok

Menerusi perkongsian di Threads, Auntie Purple atau nama sebenarnya Noor Suhaili Mohamed Amin, 47, mendedahkan bahawa dirinya kurang senang dengan tabiat suami yang merupakan seorang perokok tegar.
Auntie ni sangat benci perokok. Tapi, uncle perokok tegar. Tak hisap dalam rumah. Hisap dekat luar je, kadang itu asap masuk jugak sikit-sikit dalam rumah.
Bercerita lanjut, Auntie Purple berkata, dia dan suami pernah berseloroh tentang bahaya merokok yang boleh membawa maut.
Nak saya mati agaknya dengan asap rokok ni baru abang nak berhenti.
Perlu tolak ansur

Menurutnya, walaupun sering berlaku pergaduhan kecil antara mereka, namun hubungan bersama suami kekal bahagia hingga ke hari ini.
Asyik gaduh mulut macam ini, tau-tau hari ini sudah 26 tahun berkahwin.
Dalam masa yang sama, Auntie Purple turut menekankan bahawa toleransi adalah kunci utama dalam melayari bahtera perkahwinan dan percaya setiap pasangan mempunyai kekurangan serta kelebihan masing-masing.
Auntie pun tidak sempurna. Masak pun tak berapa rajin, jadinya kena banyak tolak ansur lah.
Itu saja nasihat Auntie sempena 26 tahun anniversary.
Sumber: Threads
The post Auntie Purple Dedah Suami Perokok Tegar, Akui Perlu Ada Tolak Ansur – ‘Sudah 26 Tahun Kahwin, Saya Pun Tak Sempurna’ first appeared on OHBULAN!.





