29.5 C
Kuala Lumpur
Friday, October 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Atiq Azman Bergelar Bapa, Isteri Selamat Bersalin Bayi Lelaki – ‘Alhamdulillah Atas Rezeki Yang Sangat Indah’ 

    Shopee Sale

    Pelakon Atiq Azman mengucapkan rasa syukur apabila dia dan isteri, Alia Natasha telah dikurniakan seorang bayi lelaki.

    Artikel Berkaitan: Netizen Risau Isteri Atiq Azman Penat Kerja – ‘First Pregnancy Kena Jaga Betul-Betul’ 

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atiq Azman & Isteri Tak Malu Berniaga, Mohon Sokongan Ramai

    Timang anak lelaki

    Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh Atiq menerusi hantaran terkini di akaun Instagram miliknya.

    Di ruangan kapsyen, pemilik nama Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 26, itu berdoa agar anak sulungnya membesar menjadi seorang insan yang berguna dan dilimpahkan dengan rahmat Allah SWT.

    Raja Muhammad Aaryan. Selamat datang ke dalam keluarga kita. Alhamdulillah atas rezeki yang sangat indah dari Allah SWT.

    Semoga Aaryan membesar menjadi anak yang soleh, kuat, bijaksana, dan sentiasa dilindungi Allah dalam setiap langkah kehidupan. 

    Semoga Allah memberi kesihatan yang baik, iman yang teguh, rezeki yang luas, dan hati yang sentiasa penuh dengan kasih sayang. 

    Dalam masa sama, pelakon drama Nur itu juga menghargai isteri tercinta yang banyak berkorban demi melahirkan cahaya mata mereka.

    Buat isteriku tercinta, terima kasih atas pengorbanan, kesabaran, dan kekuatan yang tidak terungkap dengan kata-kata.

    Awak adalah wanita yang sangat kuat, dan hari ini menjadi saksi betapa besarnya kasih sayang seorang ibu.

    Terima kasih kerana menghadiahkan keluarga ini sebuah anugerah yang paling berharga.  

    Sekadar info, Atiq dan Alia selamat mendirikan rumah tangga pada 21 Februari tahun lalu di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

    MENARIK:  Shukri Yahaya Mohon Maaf Isu Tunjuk Jari Tengah – ‘Salah Saya, Anggap Sahaja AI’

    Sumber: IG Atiq Azman

    The post Atiq Azman Bergelar Bapa, Isteri Selamat Bersalin Bayi Lelaki – ‘Alhamdulillah Atas Rezeki Yang Sangat Indah’  first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah