
Pelakon dan usahawan, Datin Atikah Suhaime selamat melahirkan cahaya mata perempuan yang diberi nama Lyla Mulan Teh, pada Sabtu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Teruja ‘Unboxing’ Barang Bayi, Netizen Sifatkan Atikah Suhaime Beruntung – ‘Ada Orang Semuanya Kena Cari Sendiri’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atikah Suhaime Dipuji ‘Humble’ Beli Barangan Bayi Di TikTok – ‘Kahwin Orang Kaya Tapi Masih Berbelanja Macam Orang Biasa’
Selamat bersalin

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Atikah atau nama lengkapnya Nur Atikah Mohd Suhaime, 33, menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya.
Bagaimanapun, aktres kelahiran Singapura itu tidak mendedahkan secara terperinci mengenai proses kelahirannya.
Alhamdulillah, anak mami yang cantik. Lyla Mulan Teh.
Dalam hantaran sama, Atikah turut berkongsi foto dia sedang mengendong anaknya sambil duduk di atas katil wad.
Sementara itu, ruangan komen dihujani dengan ucapan tahniah dan mendoakan kesihatan untuk Atikah serta puteri sulungnya.
Imbas kembali, Atikah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Datuk Lokman Teh pada 21 Januari tahun lalu.
Sumber: Instagram
The post Atikah Suhaime Selamat Bersalin Anak Perempuan, Beri Nama Lyla Mulan Teh first appeared on OHBULAN!.





