26.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Asyraf Khalid Jernihkan Hubungan Dengan Fazura, Akui Khilaf Ulas Hal Peribadi – ‘Dia Mendengar & Terima Permohonan Maaf Saya’

    Shopee Sale

    Usahawan Asyraf Khalid tampil mendedahkan dia telah memohon maaf kepada pelakon Fazura, di atas kekhilafannya sebelum ini.

    Artikel Berkaitan: Asyraf Khalid Dikecam Ulas Isu Fattah Amin & Fazura Dalam Podcast, Ambil Iktibar Enggan Lagi ‘Sentuh’ Topik Rumah Tangga

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Asyraf Khalid Dapat Gaji RM3,500, Dedah Datuk K Ajar Untuk Tidak Hidup Mewah – ‘Masa Itu Pangkat Saya CEO’

    Asyraf mohon maaf

    View on Threads

    Menerusi hantaran di laman Threads, pemilik nama Muhammad Asyraf Khalid itu berkata, ketika menghadiri majlis pertunangan ahli politik Syed Saddiq dan selebriti Bella Astillah yang berlangsung semalam, dia duduk berdekatan dengan Fazura.

    Dalam masa yang sama, Asyraf juga menyatakan tentang kesalahannya, iaitu mencampuri urusan peribadi aktres tersebut sebelum ini.

    Di majlis pertunangan Saddiq dan Bella, saya duduk berdekatan dengan Fazura.

    Ramai yang tahu, beberapa tahun lalu, saya pernah melakukan kesilapan.

    Ketika Fazura sedang melalui isu peribadi, saya telah membuat komen yang tidak sepatutnya dan tidak kena pada tempatnya. Saya mencampuri sesuatu yang sejak awal bukan urusan saya.

    Meskipun tiada sebarang masalah untuk duduk berdekatan dengan pelakon filem Gol & Gincu itu, namun Asyraf merasakan kemungkinan Fazura terkesan dengan tindakannya sebelum ini.

    Ketika Bella bertanya sama ada kami selesa duduk bersama, saya katakan sudah tentu tiada masalah dari pihak saya.

    Apabila Fazura tiba, kami saling bersalaman dan sempat berbual seketika.

    Dan saya dapat rasakan, ini bukan sekadar tentang warganet. Mungkin dia juga terkesan dengan apa yang saya katakan, lebih-lebih lagi kerana kami sudah saling mengenali sebelum semua ini berlaku.

    Tidak menunggu lama, Asyraf kemudian mengakui kesalahannya terhadap Fazura lalu memohon kemaafan di atas keterlanjurannya sebelum ini.

    MENARIK:  Inteam Kembali Dengan Konsert Skala Besar, Penjualan Tiket Dibuka Esok! 

    Menurut Asyraf, permohonan maafnya disambut dengan baik oleh Fazura, yang membuatnya sangat mengagumi keperibadian aktres itu.

    Jadi apabila saya ada kesempatan, saya berkata kepadanya, “Faz, saya ingin memohon maaf atas apa yang saya katakan. Saya tidak sepatutnya memberi komen atau mencampuri urusan orang lain.”

    Dia mendengar dan dia berkata, dia menerima permohonan maaf saya.

    Selepas itu, kami hanya meneruskan perbualan, bertanya khabar tentang kehidupan dan pelbagai perkara lain.

    Dia sangat baik dan itu benar-benar menggambarkan karakter dirinya.

    Mengambil iktibar daripada isu tersebut, Asyraf kini telah berubah malah berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik.

    Kepada sesiapa yang terkesan dengan apa yang saya katakan dahulu, saya memohon maaf dengan ikhlas.

    Saya belajar dari kesilapan dan telah berubah.

    Sebelum ini, Asyraf dan isteri, Tya Arifin menerima kecaman hebat daripada warganet susulan tindakan mengupas isu pergolakan rumah tangga di antara Fazura dan bekas suami, Fattah Amin dalam satu sesi podcast.

    Sumber: Threads

    The post Asyraf Khalid Jernihkan Hubungan Dengan Fazura, Akui Khilaf Ulas Hal Peribadi – ‘Dia Mendengar & Terima Permohonan Maaf Saya’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah