27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Asyraf Aley Ingatkan Orang Ramai Jaga Adab – ‘Kita Semua Sama, Tiada Siapa Lebih Hebat’

    Shopee Sale

    Pelakon, Asyraf Aley menegur sikap segelintir individu yang disifatkan tidak mempunyai adab dan gagal menghormati orang lain dalam kehidupan seharian.

    Artikel Berkaitan: Amar Baharin Pegang Prinsip Permudahkan Urusan Orang Lain, Tidak Harapkan Balasan Manusia – ‘Cukuplah Allah Tahu’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] M. Nasir Ulas Penilaian Eurovision, Akui Kehebatan Vokal Bukan Aspek Utama Kemenangan

    Tidak boleh dipercayai

    Menerusi perkongsian di Threads, Asyraf atau nama sebenarnya Asyraf Ali Sharifuddin Ali menyifatkan individu yang tidak menghormati orang lain sebagai golongan yang tidak boleh dipercayai.

    Menurutnya, setiap manusia mempunyai kedudukan yang sama dan tidak sepatutnya merasakan diri lebih hebat sehingga memandang rendah terhadap orang lain.

    Orang tiada adab dan hormat terhadap orang lain, tidak boleh dipercayai.

    Tidak kisahlah rasa diri paling normal atau paling betul, apabila tidak menghormati orang lain, sikap itu tetap tidak boleh diterima.

    Kita semua sama, tiada siapa yang lebih hebat daripada orang lain.

    Dalam pada itu, pelakon filem Lebaran Rindu itu turut mengingatkan orang ramai supaya tidak saling membuka aib kerana setiap individu mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

    MENARIK:  Inspirasi Wanita Hebat: Wanita Juga Boleh Mempunyai Kerjaya Seperti Lelaki, Kongsi Watsons

    Tambahnya, dia berpendapat bahawa tiada siapa yang sepatutnya merasakan diri sentiasa betul dalam sesuatu keadaan.

    Masing masing ada kelebihan dan aib masing-masing. Tidak perlulah mengutuk, menghina atau cuba membuktikan aib orang lain.

    Jangan merasakan diri paling betul, paling dianiaya atau paling hebat. Bercakap pun sampai melalak, sesuai duduk dalam parlimen boleh borak dengan Jelutong dan Hulu Langat.

    Sumber: Threads

    The post Asyraf Aley Ingatkan Orang Ramai Jaga Adab – ‘Kita Semua Sama, Tiada Siapa Lebih Hebat’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah