26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Asyalliee Tampil Perjelas Dakwaan Wajah Lebam Kerana Dipukul Suami – ‘Saya Kemalangan, Bukan Keganasan Rumah Tangga

    Shopee Sale



    Usahawan dan pempengaruh, Asyalliee Ahmad tampil menjelaskan tentang punca matanya lebam berikutan terdapat dakwaan dia telah dipukul oleh suami.

    Bukan dipukul suami

    Menerusi perkongsian di Threads, Asyalliee atau nama sebenarnya Siti Syasya Rosaelmi memaklumkan bahawa dia dan suami mengalami kemalangan ketika bermain go-kart.

    Habis semua orang ingat suami saya pukul saya padahal story sebelum ini dah beritahu saya kemalangan.

    Saya kemalangan ketika main go-kart dan bukan saya seorang tapi ada tiga orang kemalangan.

    Suami saya sampai berdarah gusi mungkin sebab banyak berlanggar.

    Dalam pada itu, Asyalliee juga turut berkongsi foto dirinya ketika menerima rawatan di hospital. Jelas kelihatan pada wajahnya adalah kesan lebam di bawah mata dan di hidung.

    Disebabkan hentakan kuat semasa kemalangan itu, saya pengsan atas sebab ada gegaran pada otak.

    Suami terus bergegas bawa saya ke hospital. Dah buat CT Scan dan x-ray, Alhamdulillah tak ada ada-apa.

    Menurut usahawan berusia 27 tahun ini, rentetan kejadian malang itu dia sudah tidak mahu lagi menjejakkan kaki ke tempat tersebut.

    Tempat yang kami selalu pergi okay sahaja sebelum ini, tapi malam itu saya rasa lain macam..jalan dia licin.

    Asyik berlanggar dinding dan ‘drift’ teruk. Saya dah tak mahu ke situ lagi.

    Jadi kesimpulannya bukan keganasan rumah tangga.

    MENARIK:  Adi Putra Pasti Akan Pergi Menonton Filem Pendekar Awang

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah