28.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Shila Amzah Membuat Aduan Terhadap SPAD, Mendakwa Pemandu Lori Mengendalikan Kenderaan dengan Tidak Aman

    Shopee Sale



    Seperti yang kita ketahui, penyanyi Shila Amzah kini sedang sarat hamil anak pertamanya hasil perkahwinan kali kedua bersama pempengaruh yang dikenali sebagai Ubai Mz.

    Lori memandu secara bahaya

    Terbaharu, Shila atau nama sebenarnya mendakwa dirinya berdepan dengan situasi merbahaya sewaktu sedang dalam perjalanan ke arah selatan sewaktu melalui Lebuhraya Utara-Selatan (Plus).

    Berita tersebut dikongsikan pelantun lagu ‘Patah Seribu itu menerusi ciapan yang dibuat di aplikasi X.

    Lori ini sangat hampir langgar kereta saya di lebuhraya Plus menghala selatan.

    Dia bawak laju sangat, saya berada di ‘lane’ kanan, dia boleh potong terus kereta saya tanpa signal dengan sangat bahaya.

    Susulan itu, Shila terus menghubungi Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk melaporkan kejadian tersebut.

    Sekadar info, Shila dan Ubai telah pun mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos tahun lalu di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur.

    MENARIK:  [VIDEO] Kak KM Jawab Fasal Keputusan SPM Faris, Tak Berkira Nak Belanja Mewah Dekat Anak-Anak – ‘Saya Tak Minta Duit Orang Lain’

    Untuk rekods, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018 namun memilih untuk bercerai pada Februari 2022.

    Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Seth Uwais yang kini berusia lima tahun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah