Isteri kepada pelakon, Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz mengumumkan berita gembira apabila mengesahkan dirinya sedang hamil anak pertama.
Artikel Berkaitan: ‘Ini Bukan Saya, Apa Yang Sama?’ – Nilam Ortiz Tak Maafkan Pemfitnah, Nafi Diri Wanita Berpurdah Putih
Tahniah!
Menerusi TikTok, Nilam berkongsi video imbasan kehamilan (ultrasound scan) yang dilakukannya ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik.
Ujar Nilam, kehadiran anak kecil yang bakal menjadi penyeri dalam rumah tangga itu merupakan faktor dirinya memilih untuk mempertahankan cinta dan rumah tangga bersama Azlan.
Dia juga menyifatkan Azlan sebagai seorang suami yang sangat baik di matanya.
Sehubungan dengan itu, Nilam memohon doa daripada orang ramai agar segala urusannya sepanjang hamil dipermudah.
Kerana dia seorang suami yang baik dan masih terbaik di mata aku.
Aku tak minta banyak dari korang, aku mohon korang doakan supaya kandungan yang ini selamat semuanya.
Doa yang baik baik maka yang baik baik akan datang kepada korang.
Komen netizen



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan kesejahteraan Nilam sepanjang hamil.
Imbas kembali, Nilam mencuri perhatian apabila mendedahkan suaminya, Azlan akan berkahwin satu lagi malah dia juga sudah bertemu dengan bakal madunya.
Nilam kemudiannya hadir ke mahkamah pada 9 April lalu dengan berpakaian serba hitam bagi memfailkan fasakh.
Untuk rekod, Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Nur Nilam Ortiz Hamil, Bakal Timang Anak Lelaki first appeared on OHBULAN!.





