29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ariel Sedang ‘Hiatus’, Konsert ‘The Journey Continues – Peterpan, Semua Tentang Kita’ Tetap Diteruskan

    Shopee Sale

    Penganjur Konsert ‘The Journey Continues – Peterpan, Semua Tentang Kita’ iaitu Black Sky Enterprise tampil menjelaskan mengenai penyanyi Ariel yang berkemungkinan tidak akan muncul pada konsert tersebut.

    Artikel Berkaitan: Nostalgia Menggamit Memori, Peterpan Bakal Gegarkan Malaysia Julai Ini

    Tanpa Ariel

    Menurut wakil penganjur, Thata Joyce Sigar, Ariel kini sedang mengambil tempoh rehat panjang daripada sebarang aktiviti berkumpulan termasuk bersama band Noah bagi memberi fokus terhadap perjalanan kerjaya solonya.

    Katanya, Ariel mengambil tempoh ‘hiatus’ selama satu hingga dua tahun dan sehingga kini masih belum diketahui bila penyanyi itu akan kembali aktif bersama kumpulan.

    Ariel kini sedang ‘hiatus’ (berehat) buat masa ini. Mungkin dalam satu hingga dua tahun ke depan, malah kita sendiri tidak tahu sampai bila dia akan berehat.

    Dia kini tidak bersama Peterpan mahupun Noah kerana sedang bergerak secara solo. Selepas baru sahaja selesai dengan penggambaran filem, Ariel kini lebih banyak terlibat dengan projek kolaborasi bersama artis lain.

    Thata berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media ‘The Journey Continues – Peterpan, Semua Tentang Kita’ yang berlangsung di Restoran Cili Kampung, Bandar Sunway, baru-baru ini.

    MENARIK:  Selepas Empat Hari Di Pawagam, Filem Polong Raih Kutipan RM5.5 Juta

    Dalam pada itu, Thata menjelaskan keputusan Ariel untuk berehat sebenarnya membuka ruang buat anggota lain untuk terus aktif berkarya dan menghidupkan semula legasi Peterpan.

    Ariel sendiri mahu rakan-rakannya tetap berkarya. Sebab itu Peterpan kini bergerak sebagai sebuah band.

    Walaupun perjalanan Peterpan ini tetap melibatkan Ariel, apa yang pasti, ini adalah peluang untuk anak-anak muda mengenali Peterpan dengan lebih dekat.

    Konsert ‘The Journey Continues – Peterpan, Semua Tentang Kita’ dijadual berlangsung pada 11 Julai depan di Idea Live Arena, Petaling Jaya.

    Konsert berkenaan bakal menampilkan anggota asal Peterpan seperti Reza, Loekman, Andika dan Indra selain dimeriahkan dengan kehadiran beberapa artis jemputan terkenal Indonesia termasuk Marcello Tahitoe, Tantri Syalindri, Rony Parulian, Arda Hatna dan Charly Van Houten.

    Penyanyi popular tanah air, Hael Husaini turut diumumkan sebagai antara artis jemputan yang bakal memeriahkan persembahan tersebut.

    The post Ariel Sedang ‘Hiatus’, Konsert ‘The Journey Continues – Peterpan, Semua Tentang Kita’ Tetap Diteruskan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah