29 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ara Johari Belum Jumpa Jodoh, Sambut Raya ‘Solo’ – ‘Tahun Ini Belum, Mungkin Boleh Rancang Tahun Depan’

    Shopee Sale



    Penyanyi Ara Johari tidak merancang untuk menjalinkan hubungan mesra dengan mana-mana lelaki buat masa sekarang.

    Raya single

    Ketika ditemui , pemilik nama Nurfarrah Izzatie Johari akui masih berstatus ‘solo’ dan bakal beraya bersama keluarga tercinta di kampung halaman.

    Dalam pada itu, Ara meluahkan rasa rindu dengan kenangan menyambut hari raya ketika zaman kanak-kanak.

    Tahun ini belum ada jodoh, balik kampung sendiri saja. Mungkin kita boleh mula rancang untuk tahun depan.

    Kalau boleh putar masa, saya nak balik zaman kecil.

    Tak perlu fikir duit dan hal kerja.

    Ara berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media Drama Hayati- Suria yang berlangsung di Royale Chulan The Curve, pada Rabu.

    MENARIK:  ‘Hadir Beribadah Bersama Membawa Sejuta Kisah’ – Mamat Anggap Perpisahan Sementara Dengan Shuib Ada Hikmah

    Belanja ikut kemampuan

    Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu ‘Menjaga Jodoh Orang Lain’ itu menegaskan agar berbelanja mengikut kemampuan.

    Terpulang pada individu itu sendiri.

    Kalau macam saya memang akan ikut kemampuan.

    Jangan berbelanja lebih dari kemampuan lah. Cukup sekadar ada.

    Ada saja baju yang cantik dan harga berpatutan.

    Walau bagaimanapun, penyanyi berusia 27 tahun itu menganggap tidak salah untuk berbelanja untuk diri sendiri jika mempunyai rezeki lebih.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah