32 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Erma Pengarah Pertama Beri Saya Watak Heroin, Pengarah Lain Tak Percaya Saya Boleh’ – Puteri Balqis

    Shopee Sale



    Puteri Balqis

    Pelakon Puteri Balqis berterima kasih kepada pengarah dan penerbit, Erma Fatima yang memberi peluang kepadanya untuk menjadi tunjang utama drama ‘Terlanjur Cinta’.

    Percaya jadi heroin

    Puteri Balqis

    Balqis atau nama lengkap Puteri Balqis Azizi, 18, berkata, Erma adalah pengarah pertama yang percaya dengan bakat dan kebolehannya untuk menjadi ‘heroin’.

    Sejak saya kecil, Erma sentiasa percaya dengan bakat dan lakonan saya. Dia juga percaya untuk saya bawa watak heroin, pengarah lain tidak percaya saya boleh.

    Bukan nak kata saya ‘over confident’ boleh bawa watak ‘heroin’, tetapi Erma beri saya peluang itu. Erma pengarah pertama beri saya watak heroin.

    Sebelum ini ada beberapa yang tawarkan, tetapi mereka kemudian diam. Saya sangat hampa apabila sudah menjanjikan namun hilang

    Balqis berkongsi perkara itu ketika ditemui di penggambaran drama Ramadan Raya TV3 yang berlangsung di Seri Pentas Bandar Utama, baru-baru ini.

    Tepis stigma

    Puteri Balqis

    Kongsi Balqis lagi, selepas berjaya mempamerkan aksi lakonan yang baik dalam ‘Terlanjur Cinta, dia berjaya menepis stigma segelintir pengarah yang sebelum ini memandang rendah dengan bakatnya.

    Selepas Erma beri saya watak utama dalam ‘Terlanjur Cinta’, kemudian baru ada beberapa pengarah yang buka mata dan nampak saya boleh lakukan.

    Mungkin segelintir pengarah lihat wajah masih seperti budak dan ketinggian yang tidak seberapa. Namun kedewasaan seseorang boleh diukur dengan banyak cara.

    Saya percaya saya boleh bawa watak seorang yang matang kerana daripada kecil saya bergaul dengan orang lebih dewasa.

    Sekadar info, Balqis bakal muncul dengan sebuah drama arahan Erma di TV3 pada Ramadan depan yang berjumlah 30 episod.

    MENARIK:  Wanita 'Spill The Tea' Kongsi Video Cium Pipi, Mengaku Sebagai Kekasih Aliff Aziz Sejak Januari 2024

    Selain Balqis, drama berkenaan turut menampilkan Datuk Rosyam Nor, Datin Seri Umie Aida, Fattah Amin, Amir Ahnaf, Izara Aishah, Muaz Zabir dan ramai lagi.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah