Tindakan pelakon Ezzanie Jasny memuat naik video bersama penyanyi Noki K-Clique telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.
Bercinta?
Menerusi hantaran di TikTok, Ezzanie berkongsi beberapa momen ketika dia dan penyanyi kelahiran Sabah itu keluar meluangkan masa bersama.
Dalam video berkenaan, aktres itu dilihat mengenakan baju berona kelabu manakala Noki mengenakan baju berwarna hitam.
Ezzanie turut meletakkan kapsyen ‘lepak dengan kawan gaduh’ pada perkongsian tersebut.
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah balas saling berteka-teki mengatakan adakah mereka berdua sedang menjalin hubungan istimewa.
Dalam pada itu, segelintir wargamaya turut ‘merestui’ sekiranya mereka benar-benar sedang bercinta.
Video
The following two tabs change content below.