25.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Sejak Kecil Saya Jadi Saksi Arwah Ibu Cuba Bun*h Diri Kerana Tekanan Hidup’ – Iqbal Zulkefli

    Shopee Sale



    Sebelum ini, selebriti media sosial, Iqbal Zulkefli mendakwa bapanya seorang kaki pukul selain mendakwa dia serta arwah ibunya pernah menjadi mangsa penderaan lelaki itu.

    Mahu diambil nyawa

    Iqbal Zulkefli

    Susulan pendedahan tersebut, Iqbal, 31, berkata, ibunya mengalami tekanan yang teruk sehingga pernah terfikir untuk menamatkan riwayat hidup.

    Sejak kecil juga saya jadi saksi arwah ibu cuba untuk bunuh diri kerana tekanan hidup.

    Cubaan bunuh dengan pisau, minum racun dan clorox. Saya juga pernah ikut arwah ibu lari rumah tanpa arah tuju.

    Iqbal berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya.

    Dalam hantaran sama, pelantun lagu ‘Hujan’ itu berkata, ibunya bijak menyembunyikan kesedihan dan sentiasa terlihat ceria di hadapan orang ramai.

    Ibu saya disayangi ramai dan setiap tahun dapat anugerah guru cemerlang, tetapi tiada siapa yang tahu di sebalik itu banyak kesedihan yang kami pendam.

    Sejak dulu, tiba sahaja hari raya saya akan jadi diam dan duduk dalam bilik sahaja. Maafkan saya kerana mampu cerita secebis sahaja, tak mampu bertahan lagi.

    Terdahulu, Iqbal mendakwa bapanya tidak mengaku dia sebagai anak dan sering melepaskan amarah kepada dirinya.

    MENARIK:  [VIDEO] Pengawal Keselamatan Seronok Isteri & Anak-Anak Buat Kejutan Iftar Bersama Di Sekolah – ‘Terima Kasih Sayang’

    Iqbal juga mendakwa, arwah ibunya pernah ditendang diperut oleh bapanya sehingga jatuh pengsan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah