27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anuar Zain Pernah Dilabel Tumpang Populariti Ziana Zain – ‘Saya Senyum Ja’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Anuar Zain pernah berdepan dengan sindiran sesetengah pihak sewaktu dirinya mula berkecimpung dalam industri hiburan, satu ketika dulu.

    Artikel Berkaitan: Anuar Zain Pertahankan Lagu ‘Belakang Tabir’ Nyanyian Syamel – ‘Menurut Saya Itu Lagu Balada Yang Kuat Untuk Tahun Ini’

    Anuar pernah kena kutuk

    Ketika ditemui , Anuar atau nama lengkapnya Shahrul Anuar Zain berkata, dia pernah dianggap mahu menumpang populariti kakaknya, Ziana Zain yang sudah menempa nama sebagai seorang selebriti ternama pada ketika itu.

    Kalau dulu, lagi teruk orang mengata kita. Ditambah pula waktu itu penyanyi lelaki susah nak pergi jauh. Kalau ada pun berapa kerat saja.

    Saya pernah ya, waktu itu saya teman Ziana ke satu acara tapi terdengar orang mengata dan kata, ‘Kesian Anuar, nak menyanyi terpaksa menempel dengan kakak dia’.

    Selamba ja dia kata begitu tapi bila saya dengar, hanya tersenyum sajalah.

    Anuar berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media konsert ‘Empat Live in Kuala Lumpur’ yang diadakan di The Westin, Kuala Lumpur pada Khamis.

    MENARIK:  Adik Ruhainies Tarik Diri Jadi Penjamin Aliff Aziz, Kes Khalwat Ditangguh Februari Depan

    Bercerita lanjut, pelantun lagu ‘Sedetik Lebih’ tidak ambil pusing kata-kata negatif sebaliknya memilih untuk tersenyum dan terus melangkah jauh dalam industri hiburan.

    Itulah kenyataannya dan apa yang kita perlu lalui dalam hidup ini.

    Pada saya, kita tak boleh nak tutup mulut orang cumanya bila kita dengar orang berkata begitu, kita senyum sajalah.

    Tak perlu nak balas-membalas dan teruskan saja kehidupan.

    Tak perlu simpan dalam hati pun sebab kita tak tahu rezeki orang itu bagaimana kan?

    Sekadar info, Anuar bakal berkongsi pentas bersama kakak dan anak saudaranya iaitu Ziana Zain, Ernie Zakri dan Syamel menerusi konsert ‘Empat Live in Kuala Lumpur’ yang bakal diadakan secara langsung di Mega Star Arena pada 18 Oktober 2025.

    Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tiket anda di http://www.ticket2u.com.my.

    The post Anuar Zain Pernah Dilabel Tumpang Populariti Ziana Zain – ‘Saya Senyum Ja’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah