30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anson Seabra Umum Konsert Di Kuala Lumpur, Tiket Dijual Bermula 19 Januari Ini

    Shopee Sale

    Penyanyi dan penulis lagu dari Los Angeles, Anson Seabra, bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur sempena siri jelajah dunianya, Anson Seabra: The I Must Be Dreaming Tour. 

    Konsert Anson Seabra

    View this post on Instagram

    A post shared by Live Nation Malaysia (@livenation.my)

    Konsert yang akan berlangsung di Zepp KL pada 31 Mei 2026, Anson dijangka membawakan lagu-lagu popular serta karya terbaharu daripada album You’ll Always Be Mine.

    Bagi penjualan tiket, pemegang kad Mastercard boleh mendapatkan akses awal menerusi Mastercard Presale bermula Isnin, 19 Januari jam 11 pagi hingga Selasa, 20 Januari jam 11 pagi. 

    Manakala Live Nation Presale akan berlangsung pada Selasa, 20 Januari dari jam 12 tengah hari hingga 11.59 malam untuk ahli Live Nation Malaysia.

    Jualan tiket untuk orang awam pula akan dibuka pada Rabu, 21 Januari bermula jam 11 pagi menerusi laman web GoLive Asia. 

    MENARIK:  Isteri Terkilan Suami Pernah Hamilkan Wanita Lain, Jumpa Bil Rawatan Pengguguran – ‘Dia Hantar Gambar Waktu Pertama Kali Pecah Dara’

    Anson Seabra mula dikenali menerusi lagu ‘Welcome to Wonderland’ pada tahun 2018 dan terus mencipta nama dengan beberapa lagu popular lain seperti ‘Walked Through Hell’ dan ‘Peter Pan Was Right’. 

    Dengan hampir 1.5 bilion penstriman di Spotify, karya-karyanya sering mendapat perhatian pendengar di seluruh dunia.

    Live Nation Entertainment (NYSE: LYV) merupakan syarikat hiburan langsung terkemuka dunia yang merangkumi peneraju pasaran global seperti Ticketmaster, Live Nation Concerts serta Live Nation Media & Sponsorship. 

    Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi livenationentertainment.com.

    The post Anson Seabra Umum Konsert Di Kuala Lumpur, Tiket Dijual Bermula 19 Januari Ini first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah