29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anna Jobling Nafi Anak Emas Baim Wong – ‘Saya Tak Merayu Untuk Diambil Berlakon’

    Shopee Sale

    Pelakon jelita, Anna Jobling menafikan dirinya anak emas pelakon dan pengarah Indonesia iaitu Baim Wong setelah dilihat dua kali bekerjasama.

    Artikel Berkaitan: Anna Jobling Rangkul Anugerah ‘Outstanding Asian Star’, Angkat Nama Malaysia Ke Peringkat Antarabangsa

    Artikel Berkaitan: ‘Pencalonan Ini Adalah Hadiah Terbesar’ – Anna Jobling Mendahului Carta Undian

    Perancangan projek di Malaysia

    Ketika ditemui , Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, berkata, kerjaya di negara sendiri tidak pernah dilupakan.

    Saya ada terlibat dalam filem di Malaysia.

    Cuma mungkin di sini lebih banyak drama, jadi ada yang sangka saya hanya pilih filem Indonesia.

    Luna berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan perdana filem terbaharu lakonannya, Sukma, di GSC Mid Valley Megamall, baru-baru ini.

    Terbuka bekerjasama dengan mana-mana pengarah

    Dalam pada itu, Anna memaklumkan dia banyak bekerjasama dengan pengarah Indonesia lain selain Baim Wong.

    Ujarnya lanjut, dia tidak pernah merayu untuk diambil menjadi sebahagian watak penting dalam sesebuah projek sekali gus menganggap ianya sebagai satu rezeki untuk mengembangkan lagi karier dalam industri seni.

    Saya berlakon di Indonesia bukan dengan Baim saja.

    Ada juga filem bersama pengarah lain.

    Jangan lah cakap saya hanya dengan Baim saja.

    Saya tidak merayu pun untuk diambil berlakon.

    Tawaran kecil pun saya okay saja.

    Sekadar info, filem Sukma merupakan projek kedua di bawah arah Baim Wong manakala filem Lembayung merupakan projek pertama bersama.

    MENARIK:  Danish Hakim Batal Niat Jadi Pelakon, Hilang Minat Nak Ceburi Industri Seni – ‘Saya Solat Istikharah’

    Filem Sukma ini turut didatangi barisan pelakon hebat yang lain seperti Christine, Luna Maya, Oka Antara dan Fedi Nurul.

    Sukma akan mula ditayangkan di Malaysia mulai 30 Oktober ini.

    Untuk makluman, Anna Jobling tercalon bagi kategori Selebriti Paling Viral di Ohbulan! Paling Viral Online.

    Selain Anna, antara selebriti yang turut tercalon bagi kategori ini termasuklah Nadeera, Aina Abdul, Amira Othman dan ramai lagi.

    Senarai Top 5 akan diumumkan pada 1 Disember, sebelum malam kemuncak berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9 malam.

    Untuk memperluas capaian, melaksanakan kempen promosi berskala besar merangkumi artikel khas, video pendek di TikTok & YouTube, podcast Show Dalam Bilik serta kempen iklan digital.

    Selain itu, kolaborasi bersama TV3, Hot FM dan Kool 101 juga dijalankan untuk memastikan sambutan lebih meluas.

    Penggunaan hashtag rasmi #palingviralonline turut digalakkan bagi merancakkan perbualan dan interaksi di media sosial.

    Untuk mengundi dan maklumat lanjut sila layari www..com/palingviralonline.

    The post Anna Jobling Nafi Anak Emas Baim Wong – ‘Saya Tak Merayu Untuk Diambil Berlakon’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah