Siapa kata nak sihat kena tunggu hujung tahun baru start azam baru? Tahun ni, ada movement power yang korang memang kena join iaitu Move For More. Kempen kesihatan yang ajak kita semua untuk move lebih sikit setiap hari demi gaya hidup yang lebih sihat dan bertenaga.
Lagi best, misi ni bukan korang buat sorang-sorang je tau. Ada DJ popular Fafau, KJ dan AG yang akan jadi ‘partner in crime’ korang dalam perjalanan sihat ni.
Langkah kecik tapi impak besar untuk kesihatan
Move For More ni adalah kempen yang bawak mesej mudah tapi penting seperti gerak lebih, hidup lebih baik. Tak kisah sama ada korang nak mula jogging slow-slow, tambah langkah naik tangga, atau buat aktiviti yang boost kesihatan harian, semuanya dikira!
Tujuan dia simple je guys! Nak ajak korang semua supaya lebih aware pasal kesihatan, daripada jaga tulang, kawal kolesterol serta pastikan jantung kekal kuat.
Kenapa korang patut join movement ni?
Senang je jawapannya…sebab korang takkan rasa sorang-sorang sebab ada inspirasi daripada Fafau, KJ dan AG yang akan kongsi rutin harian, tip kesihatan, dan juga challenge fitness yang fun gila.
View this post on Instagram
Lagi best, kempen ni fleksibel, boleh join secara online atau offline ikut cara korang sendiri. Dan paling penting, Move For More ni bukan semata-mata pasal nak fit, tapi untuk bagi kita semua rasa lebih bertenaga, lebih yakin, dan sihat luar dalam.
Nak start macam mana? Step dia simple je!
Korang boleh mula dengan ikut journey DJ-DJ ni untuk tips dan cabaran yang mereka share. Lepas tu, cuba aktiviti kecik-kecik setiap hari…contohnya naik tangga, jalan kaki lepas lunch, atau buat workout dekat rumah.
Jom, Move For More bersama Anlene®!
Kempen Move For More ni dibawakan khas oleh Anlene®, susu yang mengandungi nutrien penting seperti kalsium, protein, dan kolagen untuk sokong pergerakan lebih aktif setiap hari.
Dengan Move For More, Anlene® nak ajak korang semua sama-sama kekal cergas, bergerak lebih, dan nikmati hidup dengan lebih sihat.
So tunggu apa lagi guys, jom sama-sama gerak lebih, rasa lebih, dan hidup lebih sihat dengan Move For More dengan Anlene®! Nak tahu tahap kesihatan tulang korang? Jom dapatkan Imbasan Ultrasound Tulang PERCUMA bernilai RM150!* Untuk info lanjut, korang boleh klik SINI.
*Nilai merujuk kepada imbasan tulang & ujian kekuatan otot. Pemeriksaan hanya untuk tujuan saringan sahaja.
The post Anlene ‘Move For More’: Kempen Sihat Dan Fun Bersama Fafau, KJ & AG! first appeared on OHBULAN!.



(@hotfm976)

