30.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anas Zahrin Anggap Kemenangan ‘Seller Creator Terbaik Shopee Superstar Awards 2025’ Sebagai Detik Manis Paling Bermakna

    Shopee Sale

    Momentum kejayaan pengasas produk jenama ANAS Cosmetics, Anas Zahrin tidak terhenti, selepas dinobatkan sebagai Seller Creater Terbaik di Shopee Superstar Awards 2025.

    Artikel Berkaitan: Jual 1 juta Lipmatte Cosmetics, Anas Zahrin Sumbang RM50,000 Untuk Rakyat Palestin

    Artikel Berkaitan: Sambutan ‘Birthday’ Anas Zahrin Persis Konsert! Dayang, Hael, Nadeera & Liza Hanim Antara Yang Buat Persembahan

    Kejayaan paling indah

    Kejayaan manis itu yang berlangsung di sebuah premis acara di ibu kota sekali gus membenamkan harapan tiga lagi calon hebat yang bukan calang-calang.

    Simboliknya kemenangan berkenaan menjadi kejayaan sulung buat pempengaruh dan personaliti media sosial kelahiran Kota Tinggi, Johor itu di platform edagang popular terbabit.

    Alhamdulillah detik manis buat saya pada tanggal 1 November 2025 ini untuk dikenang sampai bila-bila selepas lebih tiga tahun menyertai platform Shopee. Penamat indah buat saya pada penghujung tahun ini.

    Momentum kejayaan dan pencapaian berterusan ini tentunya menjadi pembakar semangat untuk saya serta legasi manis buat ANAS Cosmetics kerana ironinya, ada ‘seller’ di luar sana pantas berputus asa.

    Malah ada mudah mengalah apabila sesuatu yang diusahakan gagal atau menemui titik terendah. Namun saya harus berfikir sebaliknya. Istilah negatif itu harus dibuang jauh dari dalam diri.

    Belum selesa lagi

    Kata pemilik nama sebenar Mohamad Anas Zahrin Haji Atan itu, populariti produk keluaran bumiputera sejak Ogos 2017 jelas mencipta fenomena tersendiri.

    Penjualan produk rangkaian ANAS Cosmetics yang terdiri daripada pelbagai jenis produk termasuk lipmatte dan serum bibir terjual ratusan ribu di Shopee dengan tawaran harga mampu milik dan berpatutan.

    Jutaan terima kasih kepada penggemar dan peminat jenama saya terdiri dari golongan B40, suri rumah dan mereka yang kurang mampu atas sokongan tidak berbelah bahagi selama ini.

    Kesinambungan kejayaan berkenaan juga bukan alasan untuk Anas terus selesa dengan apa yang ada.

    Saya bersyukur kerana sudah lebih 18 kali menerima pengiktirafan dari TikTok. Begitu juga seterusnya kejayaan di Shopee. Ia bukan titik akhir, sebaliknya saya mahu cipta dan lakar banyak benda lagi.

    Terutama untuk kita orang Malaysia terus menyokong produk lokal yang pastinya berkualiti, berpatutan dan harga mampu beli setanding dengan jenama antarabangsa.

    Tuntasnya juga untuk saya terus memberi dan menghasilkan produk mampu milik buat semua penggemar ANAS Cosmetics. Insya-Allah tahun depan jenama saya akan mengeluarkan lebih 15 rangkaian produk baharu pula. Tunggu kemunculannya.

    Terdahulu sekitar beberapa minggu lalu, Anas yang terkenal dengan sikap pemurah turut cakna membantu mereka yang dalam kesusahan dan kurang berupaya.

    MENARIK:  [VIDEO] Didakwa Terdesak Tuntut Nafkah Anak, Ibu Raja Azura Selar Netizen – ‘Saya Tahu Macam Mana Dia Cari Duit’

    Ia termasuklah membantu rakyat Palestin di Gaza Menerusi ledakan gelombang Sumud Flotilla dengan menyerahkan sumbangan cek RM50,000 menerusi Persatuan Cinta Gaza Malaysia tanggal 6 Oktober lalu.

    Sumbangan itu diserahkan serentak dengan kejayaan mega jualan lipmatte jenamanya yang berjaya terjual 1 Juta di TikTok.

    The post Anas Zahrin Anggap Kemenangan ‘Seller Creator Terbaik Shopee Superstar Awards 2025’ Sebagai Detik Manis Paling Bermakna first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah