32.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anak Saudara Dedah Azar Azmi ‘Resign’ Dari Berlakon, Nafi Sudah Berkahwin – ‘Masa Raya Atau Kenduri Je Dia Muncul’

    Shopee Sale



    Tindakan pelakon Azar Azmi yang hilang dari radar industri hiburan telah menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan peminat.

    Bukan aktres lagi

    Terbaharu, menerusi hantaran oleh seorang individu yang dipercayai anak saudara kepada Azar, telah memuat naik fotonya bersama aktres tersebut di platform TikTok.

    Dia mak cik saya yang paling ting tong.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bertanyakan tentang keberadaan Azar atau nama lengkapnya Siti Azar Ameerah Azmi.

    Menurut individu tersebut, Azar tidak mahu lagi bergelar seorang aktres malah ingin menumpukan perhatiannya kepada perniagaan.

    Dia ada je, tapi dia dah resign jadi aktres.

    Dia nak fokus bisnes sahaja sebab setakat ini keluarga pun tak tahu dia buat apa kerana kehidupannya sangat privasi. Tetapi dia baik-baik sahaja.

    Dalam keluarga dia yang paling ‘masuk air’ dan paling extrovert. Tapi insyaAllah suatu hari bila dia sudah betul-betul pulih, dia akan buat kenyataan tentang mengapa dia sudah tak mahu berlakon.

    Kadang-kadang masa raya atau kenduri kahwin je dia muncul.

    Belum berkahwin

    Dalam pada itu, individu berkenaan juga menafikan bahawa aktres berusia 35 tahun tersebut sudah mendirikan rumah tangga sekaligus menepis spekulasi yang hangat diperkataan sebelum ini.

    Dia belum berkahwin. Semua itu dusta, netizen ini ada-ada je.

    Walau bagaimanapun, para peminat tetap meluahkan rasa kerinduan mereka untuk melihat Azar kembali beraksi sebagai pelakon.

    MENARIK:  Afdlin Shauki Sudah Buat Laporan Polis, Nafi Terlibat Salah Laku Projek DBKL Bernilai RM10 Juta

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah