32 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anak Diana Danielle Memukul Muka Kawan Selepas Dicemuh – ‘Bukan Kerana Hendak Membantu Tetapi Patut Dia Terima’

    Shopee Sale



    Semalam, pelakon jelita, Diana Danielle mendedahkan anak sulungnya, Muhammad telah menumbuk muka seorang kawan.

    ‘Maki hamun anak saya’

    Menerusi ciapan di aplikasi X, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memberitahu kejadian tersebut berlaku disebabkan kawannya itu telah mengeluarkan perkataan yang tidak baik kepada Muhammad hanya kerana tidak mahu bermain bersama.

    Bukan itu saja, kanak-kanak tersebut turut memaki hamun serta memaksa Muhammad untuk membenarkannya datang ke rumah mereka.

    Anak saya menumbuk muka kawannya hari ini. Kanak-kanak itu memaki hamun anak saya kerana dia mahu datang tetapi anak saya tidak mahu dia datang ke rumah kami.

    Dah la nak paksa paksa datang rumah, bila tak bagi dia maki-maki dengan sumpah seranah.

    Walau bagaimanapun, pelakon berusia 32 tahun itu menjelaskan bahawa dia tidak sesekali menyokong dengan tindakan yang dilakukan anaknya itu.

    Disebabkan kejadian itu, Diana sudah tidak membenarkan anaknya itu untuk berkawan dengan kanak-kanak tersebut.

    Memang elok merasa sikit biar ada adab. Bukan nak ‘back up’ anak pun, tapi padan muka. Akhir sekali, panggil Mak suruh selesaikan tapi tak nak mengaku dia provokasi anak kita.

    Kita dah tak bagi anak kita kawan dengan dia.

    ‘Well done Muhammad’

    Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet mengatakan tindakan yang dilakukan Muhammad itu adalah satu tindakan yang betul.

    MENARIK:  [VIDEO] Peminat Cilik Buat Daiyan Trisha Menangis – ‘Saya Menangis Ketika Membuka Hadiah Ini Tanpa Sebab Yang Jelas’

    Namun, berdasarkan pemerhatian hantaran tersebut telah dipadam oleh Diana.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah