27.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    AMT2025 Lebih Meledak, Janjikan Persembahan Eksklusif & Barisan Penyampai ‘A-List’ Atas Pentas

    Shopee Sale

    Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025) yang bakal berlangsung secara langsung dari Dewan Putra, Putrajaya International Convention Centre (PICC), Ahad ini bakal dimeriahkan dengan barisan selebriti terkemuka.

    Artikel Berkaitan: Anugerah Melodi Terhangat 2025 Kini Cecah 1 Juta Undian Selepas Hanya Tiga Hari

    Hargai anak seni

    Menurut Pengurus Besar Kandungan Program TV3, Marlia Zul Amran, acara berprestij yang akan disiarkan secara langsung di TV3 itu akan meraikan transformasi, dari sekadar ‘nama besar’ kepada figura yang benar-benar mencetus budaya.

    Ini bukan mengenai siapa yang paling tular minggu ini, tapi siapa benar-benar memberi nilai dan impak.

    AMT2025 diraikan untuk menghormati mereka yang menjadikan seni sebagai landasan penting.

    Ia bukan semata-mata kandungan, mereka yang hangat kerana prestasi, bukan sekadar kontroversi.

    Hari ini menandakan detik penting untuk membakar semangat menuju malam kemuncak AMT2025.

    Kembali selepas sembilan tahun, ia disambut dengan semangat baharu lebih besar, lebih lantang, lebih meledak!

    Ini adalah permulaan kepada malam yang bakal mengukir sejarah.

    Barisan penyampai anugerah

    Semalam telah berlangsungnya acara pengumuman rasmi di APW Bangsar, di mana barisan artis dan personaliti yang akan hadir pada malam berprestij terbabit diperkenalkan.

    Barisan penyampai anugerah termasuklah Che Puan Sarimah, Faizal Hussein, Anuar Zain, Ziana Zain, Ernie Zakri, Fattah Amin, Siti Hariesa, Hisham Hamid, Dolla, De Fam, Christy Ng, Ceddy Ng, dan pasangan sensasi Bella Astillah serta Syed Saddiq.

    MENARIK:  Menjadi Kaya Selepas Belajar, Lelaki Ini Lupakan Orang-Orang Yang Membantuannya Dulu

    Persembahan artis dalam & luar negara

    Bukan itu sahaja, AMT2025 bakal dimeriahkan dengan persembahan daripada penyanyi terkemuka seperti Anuar Zain, Ella, Marsha Milan, Hael Husaini, De Fam, Ara Johari, Iman Troye, Sarah Suhairi dan ramai lagi.

    Lebih mengujakan, penyanyi kelahiran Indonesia yang mencetuskan fenomena iaitu Fajar Noor bakal diterbangkan khas bagi membuat persembahan istimewa pada malam AMT2025.

    Dikendalikan oleh duo pengacara terhangat Fikry Ibrahim dan Ain Edruce, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan malam kemuncak AMT 2025 yang akan berlangsung pada 3 Ogos ini, jam 9 malam, secara langsung di TV3 dan strim eksklusif di Tonton.

    Acara Karpet Merah akan menemui penonton lebih awal, mulai jam 8 malam di TikTok Melodi Berapi dan TV3 Malaysia.

    AMT2025 dikuasakan Samsung Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Flip7 dan dihangatkan oleh All-New Proton X50.

    The post AMT2025 Lebih Meledak, Janjikan Persembahan Eksklusif & Barisan Penyampai ‘A-List’ Atas Pentas first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah