33.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Amsyar Lee Lawan ‘Stage Fright & Anxiety’ Demi Mendunia Di Sing! Asia

    Shopee Sale

    Bersaing dengan peserta yang sudah berpengalaman dan datang dari pelbagai latar belakang merupakan antara pengalaman yang ditimba penyanyi, Amsyar Lee yang menyertai pertandingan Sing! Asia ketika ini.

    Artikel Berkaitan: Teka Teki Pengganti Noraniza Idris Untuk SFMM 36 Akhirnya Terjawab, Amsyar Lee Terima Segala Kecaman Netizen – ‘Saya Pandang Yang Positif’

    Wakili Malaysia

    Pemilik nama Muhammad Amir Syafiq Mohd Sadri itu memaklumkan, sejak ditawarkan menjadi salah seorang peserta yang mewakili Malaysia, dia teruja dan mahu mencabar diri untuk berada di pentas antarabangsa.

    Bagaimanapun, Amsyar tetap gembira menerima maklum balas positif daripada peminat yang pertama kali menonton Sing! Asia pada minggu lalu.

    Jelasnya, sebagai wakil Malaysia, dia perlu bertanding dengan puluhan peserta lain yang datang dari China, Jepun, Vietnam, Singapura dan Thailand serta beberapa negara lain.

    Ada banyak cabaran yang dilalui dan dalam masa yang sama membentuk banyak pengalaman baharu.

    Saya anggap ini merupakan permulaan yang baik buat kerjaya seni pada tahun ini walaupun terpaksa bersaing dengan peserta dari negara lain.

    Cabaran di China

    Difahamkan para peserta diberikan cabaran dengan beberapa format pertandingan yang berbeza setiap minggu selain menyanyikan lagu dalam bahasa Mandarin.

    Cabaran paling besar bagi saya adalah kena nyanyi lagu dalam bahasa Mandarin. Itu bukan bahasa yang saya kuasai, jadi dari segi sebutan, emosi dan penyampaian, semua itu perlukan usaha yang lebih.

    Tambah pula lagu-lagu yang saya bawa semuanya berat dan penuh emosi. Tapi sebenarnya, cabaran sebenar bukan berlawan dengan peserta lain. Cabaran sebenar saya adalah diri sendiri.

    Saya ada stage fright dan anxiety, rasa takut yang datang bila berdiri atas pentas depan ramai orang. Tapi saya cuba lawan semua tu sebab saya tahu, setiap langkah ke depan adalah satu kemenangan kecil buat diri saya.

    Dalam pada itu, penyanyi yang popular dengan lagu Belai tersebut mendedahkan, dia terpaksa berdepan dengan cabaran baharu ketika sesi rakaman berlangsung di negara tersebut.

    MENARIK:  Kak KM Nasihat Fattah & Fazura Jangan Pentingkan Perasaan Sendiri, Fikir Tentang Anak – ‘Kalau Salah, Minta Maaf’

    Paling tidak dapat dilupakannya adalah cuaca sejuk yang melampau di China telah menyebabkan masalah kepada peti suara.

    Berada di China memang memberikan cabaran besar buat saya. Sepanjang di sana tekak tak selesa dan sangat memberikan kesan kepada suara.

    Mahu mencari makanan halal pun agak mencabar. Saya perlu berjaga-jaga dan pastikan makan benda yang betul supaya badan kekal sihat sepanjang tempoh di sana.

    Sementara itu, Amsyar memberitahu dia sangat teruja apabila berkesempatan untuk bekerjasama dengan produksi luar negara yang banyak memberikan ilmu baharu terutamanya dari segi teknik vokal.

    Saya harap sangat dapat melangkah ke final dan buat yang terbaik dan membanggakan negara. Saya mahu buka mata ramai orang bahawa suara ini merupakan suara anak Malaysia yang ada kekuatan jiwa yang boleh menyentuh hati sesiapa yang mendengarnya.

    Walaupun saya terima kecaman hebat dari segelintir rakyat Malaysia yang kurang selasa dengan cara saya membawakan lagu, saya percaya setiap suara ada tempatnya. Perjalanan saya masih jauh tapi selagi ada sokongan, doa dan keberanian untuk terus berdiri, saya akan terus melangkah.

    Sing! Asia merupakan program baharu yang mengumpulkan penyanyi berpengalaman untuk merebut kejuaraan. dan siarkan di platform penstriman IQIYI.

    The post Amsyar Lee Lawan ‘Stage Fright & Anxiety’ Demi Mendunia Di Sing! Asia first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah